0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Suami Bunuh, Kerat Mayat Isteri 8 Bahagian Agar Dapat Pergi Ke Thailand

bunuh

Seorang suami telah membunuh isterinya dengan kejam dalam satu kejadian jenayah di Jerman.

Selepas membunuh isterinya, dia mengerat mayat isterinya kepada lapan bahagian.

Kemudian lelaki berkenaan telah ke Thailand untuk berpoya-poya.

Suspek bernama Horst Koenig yang berumur 53 tahun hanya menundukkan kepala apabila dia disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana membunuh isterinya.

Wanita malan itu bernama Grace, 37 tahun yang merupakan seorang warganegara Filipina.

Horst telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahannya itu.

Lapor akhbar Mirror, Horst telah membunuh isterinya menggunakan tukul seberat 2.2 kilogram ketika mangsa sedang tidur.

Dia kemudian mengerat mayat mangsa sebelum membuangnya.

Horst dikatakan telah mencari dan merancangan pembunuhan isterinya selama sebulan agar dia dapat meluangkan masa berseronok di Thailand.

Selepas kematian wanita yang dikahwininya 10 tahun yang lalu, Horst telah mengambil kesemua wang mangsa di dalam akaun bank dan menempah penerbangan ke Thailand untuk melampiaskan nafsunya. Malah Horst telah menyewa sebuah locker di sebuah gudang untuk melupuskan mayat mangsa.

Lima minggu kemudian apabila Horst kehabisan wang selepas berpoya-poya dengan wanita lain di Thailand dan visanya tamat tempoh, Horst kembali semula ke Jerman dan ditahan sebaik saja tiba di negara kelahirannya itu.

Mahkamah berkata, Horst telah mengkhianati isterinya dan tamak. – PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });