0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Sungguh Kejam! Budak 2 Tahun Ditemui Dalam Tong, Maut Didera Oleh Teman Lelaki Ibu Dan Ibunya Sendiri

kejam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah ditemui meninggal dunia.

Lebih mengejutkan mayatnya diawet dalam sebuah tong ikan selepas dipercayai selepas meninggal akibat didera oleh ibu dan teman lelaki ibunya sendiri.

Insiden berlaku di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, kakak kepada kanak-kanak berkenaan yang berumur 4 tahun kini kritikal.

Budak perempuan itu kini sedang dirawat di sebuah hospital akibat turut didera.

Pihak polis menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, kira-kira jam 1.25 pagi.

Kemudiannya, sepasukan anggota polis tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 2 pagi.

Setibanya di lokasi, seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya berusia empat tahun dipukul oleh teman lelakinya.

Kanak-kanak itu terus dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

Kenyataan Polis

Ini pula kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa:

“Wanita terbabit kemudian memberitahu anak lelakinya berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelakinya itu dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik.

“Hasil pemeriksaan oleh anggota polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan dibalut dengan tilam, kain batik dan pita perekat,”

“Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati.

“Wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu.

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan,”

Hasil siasatan awal pihak polis telah menahan suspek lelaki berusia 34 tahun itu serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan jam 6 pagi tadi dan kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });