0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tabiat Sorok Handphone, Jawapan Kanak-Kanak Ini Buat Hati Ibunya Hiba

hiba

Anak kecil sememangnya sukakan perhatian terutamanya dengan ibunya. Namun,membesarkan anak pada zaman siber amatlah mencabar dan mencabar. Kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja siang dan malam untuk memastikan anak hidup selesa.Tanpa disedari anak kecil ini tidak mendapat perhatian yang di idamkan.

Kisah yang dikongsikan oleh Adlil Rajiah ini betul-betul buat kami sebak. Jom ikuti luahan ini.

Lately, Haikal suka sorokkan phone saya.
Mula-mula saya ingat dia cuma nak bergurau.
Sebab Haikal akan gelak guling-guling bila berjaya sorokkan phone saya,
dan tengok saya gelabah cari phone. ?

Sampailah tadi.
Dia buat lagi.
Tapi kali ni betul-betul dia sorok kat tempat susah dan saya tak jumpa!

So I gave up and pretended to cry.
Jalan pintas untuk dapatkan semula phone, adalah dengan mempermainkan perasaan Haikal. ?

So saya pura-pura nangis sampai lah Haikal datang pujuk.

“Mama, jangan la nangis. Haikal gurau je.”

“Mama tak jumpa phone mama.”

“Nah. Ni phone mama. Sorry mama. Haikal gurau je.”

“Thank you. Lepas ni jangan la sorokkan phone mama lagi. Mama banyak kerja dalam phone ni.”

* Haikal diam lama *

“Kenapa Haikal diam?”

Kenapa mama taknak tengok Haikal?
“Sebenarnya Haikal tak suka mama tengok phone tu. Haikal lagi suka kalau mama tengok Haikal. Mama tahu tak phone ni boleh rosakkan mata mama? Haikal tak pernah pun rosakkan mata mama. Tapi kenapa mama taknak tengok Haikal?”
.
I CRIED A RIVER,
dan terus peluk Haikal kuat-kuat.
.
Ya Allah.
Lain macam betul rasa tamparan malam ni.
.
Haikal betul-betul anugerah.
Yang selalu ingatkan saya–
tentang AMANAH yang selalu dilupakan.
.
Ya Allah.
Izinkan aku untuk jadi ibu yang Haikal perlukan.
Bantu aku untuk jadi ibu yang Haikal banggakan.
Bimbing aku untuk sentiasa memperoleh redha Mu sepanjang menggalas amanah IBU ini.

Sayang mama Ashraf Haikal,
you are beyond special.
You are a true gift from Allah.
Please hold my hand forever,
and bring me closer to Him.

I AM TRULY SORRY.
Mama sayang Haikal.
Sangat-sangat.

Pengajaran disebalik kisah  ini adalah jangan abaikan perhatian yang diinginkan oleh anak kita kerana proses pembesaran mereka hanya sekali dan tidak boleh diulang. Hargai setiap masa bersama anak-anak anda.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });