0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Apa cer hari ini? Mesti semua kebosanan baru menempek kat blog aku kan? giler ahhh perasan! Muahahahahaa. Minggu lepas, aku berkesempatan singgah di salun rambut setelah berbulan lamanya aku nak buat treatment tapi sekadar pendam dalam hati. Setiap kali nak pergi, mesti ada jer halangan yang datang. huhu!

Crime partner aku kali ini tak lain tak bukan, icah jelaa. haha! Nasib ada dia yang tolong snapkan gambar.

Mulanya aku ingatkan cuma nak trim rambut bagi nampak lebih sekata tapi dah alang – alang datang terus aku tanya dorang teatment bagi rambut gugur. Perempuan memang tak lari dari masalah rambut gugur. Kalau cukup tidur, memang cantik jer tapi kalau tidur lambat huhhhh pagi esoknya memang geleng kepala jela jawabnya. Muahahahaha!

Kesian kepala aku kena lilit tak pasal – pasal. haha! Alasan dia nak bagi cream yang disapu tu meresap dalam kulit kepala. Kalau gugur jugak memang aku tak pergi dah lepas ini. Muahahahaa

Time ini, adik aku punya gelak memang tak hengat. Mentang-mentang kepala aku jadi cendawan setiap masa gelak jer kerja dia. Suka ye icahhhh? haha.

Sebenarnya, benda alah macam cendawan ini mesin stim rambut. Dah lilit kemas dan rapi dengan pembalut wrapper tu, terus kena stimkan supaya meresap dalam kulit. Kelumumur pun tak berani dekat! Itu hairstylistlaa yang cakapkan? Kalau aku punya cakap, memang hancur! muahahahaa.

10 minit guna alat cendawan, semuanya settle. Time dah bilas rambut bersih – bersih, kulit kepala aku rasa sejuk jer! Memang best pun! Harga pun best! haha.

Masalah rambut aku satu jer cepat gila berminyak daripada biasa. Bila dah buat treatment macam ini, bolehlah bertahan untuk seminggu tapi aku suka pergi salun rambut sebabnya rambut aku akan teratur untuk jangka masa yang agak lama. Korang macam mana? Mesti pergi salun untuk potong rambut jer kan? heh!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });