0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Screen Shot 2016-08-17 at 8.30.28 PM

Azizulhasni Awang, pemenang pingat gangsa negara di sukan Olimpik Rio mencuri perhatian apabila membuat satu ucapan yang sinis kepada Menteri Besar Terengganu.

Azizul yang memenangi tempat ketiga acara keirin awal pagi tadi menulis ucapan penuh di laman sosial Facebook untuk mengucap tahniah kepada semua pihak yang membantunya meraih pingat gangsa.

Namun dalam satu perenggan, Azizulhasni Awang sempat membuat ucapan yang penuh mendalam kepada MB Terengganu kerana langsung tidak membantu dirinya dan rakan pelumba Fatehah.

Jom baca:

Kepada Menteri Besar Terengganu , Datuk Ahmad Razif . Saya dan Fatehah masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan Olimpik ini.

Terima kasih kerana tidak sudi membeli kan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami didalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio.

Terima kasih juga kerana tidak memberikan feedback dan membisu apabila manager saya menghubungi Tuan Menteri Besar. Untuk pengetahuan Datuk MB, Saya dan Fatehah atlet bertaraf Dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh Datuk MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara.

Diharap Datuk MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang Positif dan diharap semua ini akan membuka mata Datuk MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan.

Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati Negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh.

Semoga kejayaan ini membuka mata ramai pihak bahawa atlet Malaysia sememangnya hebat. Apapun tahniah sekali lagi buat Azizulhasni Awang “The Rocket Pocketman” – PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });