0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Terlalu Sengit: Warga Emas Maut Diserang Sakit Jantung Ketika Perlawanan Chong Wei – Lin Dan

cw

Kerana terlalu sengit, seorang lelaki diserang penyakit jantung ketika menonton perlawanan badminton antara Lee Chong Wei dan Lin Dan di sukan Olimpik baru -baru ini.

Seorang warga emas, Lum Wah Wong, 64 tahun meninggal dunia semasa menonton perlawanan separuh akhir badminton itu dan disahkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie.

Ini komen Dr Juita:

“Paramedik dari Hospital Batu Gajah mengesahkan mangsa meninggal semasa menonton badminton di rumahnya,”

Difahamkan Lum Wah Wong menonton perlawanan epik itu di rumah kakaknya dan bersorak ketika Chong Wei dan Lin Dan masing-masing terikat pada kedudukan mata 20-20 di set penentuan.

Kemudian secara tiba-tiba, Lum Wah Wong dilihat jatuh rebah dan meninggal dunia kira-kira pada jam 8.55 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohd Nasri Omar mengesahkan kematian tersebut dan memberitahu mangsa sememangnya sebelum ini mempunyai masalah jantung.

Ini komen polis:

“Berdasarkan laporan doktor, mangsa mati disebabkan jantung. Memang mangsa ada menerima rawatan jantung,”

-PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });