0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

167

Sebelum ini kecoh apabila orang ramai terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapatkan passport. Meskipun Jabatan Imigresen baru-baru ini memaklumkan pihaknya sentiasa komited memastikan bekalan pasport tidak terganggu, namun sehingga hari ini masih terpaksa berdepan kesukaran untuk memperbaharui dokumen perjalanan masing-masing.

Menerusi Tinjauan Malaysian Digest di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Jalan Duta hari ini mendapati orang ramai mula membanjiri jabatan tersebut seawal jam 2 pagi bagi mendapatkan nombor giliran.

Malah keadaan bertambah rumit dan menyukarkan apabila orang ramai mendakwa nombor giliran yang diagihkan di kebanyakan kaunter Imigresen di Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC) seperti di Pudu, Sentul, Keramat dan Banting hanyalah terhad kepada 100 hingga 250 sahaja setiap hari.

168

Ini menyebabkan mereka yang berada di sekitar Lembah Klang terpaksa datang ke Jalan Duta, yang mana rata-rata mendakwa ‘kuota’ nombor giliran yang diagihkan Jabatan Imigresen di sini adalah lebih banyak iaitu antara 500 hingga 700 setiap hari.

Malah,  seawal jam 3 pagi di sini juga mendapati, hampir 100 orang mula beratur di hadapan bangunan Kompleks Kerajaan itu untuk ‘berebut’ mendapatkan nombor giliran.

169

Rata-rata meluahkan rasa kekecewaan terhadap situasi demikian, yang memaksa mereka bersengkang mata untuk mendapatkan nombor giliran sama ada bagi membuat permohonan baharu atau memperbaharui pasport. Lebih menyedihkan apabila ada yang terpaksa mengambil cuti semata-mata untuk memperbaharui pasport, selain kelihatan ibu bapa turut membawa bersama anak kecil untuk beratur bagi mendaptkan nombor giliran.

Mengulas lanjut situasi tersebut, seorang pekerja Telekom Malaysia, Abu Bakar Ismail, 54, ketika ditemui, beliau sangat kesal dengan keadaan ini yang disifatkannya berpunca daripada kelemahan pengurusan sistem di Jabatan Imigresen. Katanya, beliau terpaksa ulang-alik selama tiga hari, selepas kali pertama gagal mendapatkan nombor giliran ketika mengunjungi UTC Sentul, pada Jumaat dan Sabtu lalu.

“(Sistem pengurusan) sangat teruk apabila rakyat terpaksa beratur begini (awal pagi) dan mohon cuti bagi mendapatkan nombor giliran.

“Kalau betul ia berpunca daripada kekurangan bekalan (pasport), sepatutnya kerajaan dari awal lagi perlu memaklumkan perkara ini dan mengatasinya agar rakyat tidak berdepan kesukaran. Rakyat nak ‘renew’ atau buat pasport, mesti atas urusan tertentu, bukan suka-suka datang sini,” keluhnya.

Ditanya sama ada situasi ini pernah berlaku sebelum ini, Abu Bakar mengakui bahawa pernah terjadi dimana empat tahun lalu orang ramai juga terpaksa beratur pada awal pagi .

“Tapi, sistem ketika itu agak efektif dimana orang ramai yang datang tidak perlu beratur dan menunggu sehingga kaunter dibuka. Mereka hanya datang (awal pagi) dan pegawai bertugas akan ‘cop’ (nombor giliran) pada tangan masing-masing dan mereka boleh pulang,” dakwanya, yang terpaksa memperbaharui pasport atas urusan kerja.

Sementara, seorang eksekutif di Petronas, Adha, 32, meluahkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan orang ramai yang terpaksa datang beratur pada awal pagi.

Beliau yang datang bersama isteri dan dua anaknya yang masing-masing berusia tiga tahun dan lapan bulan mengakui situasi tersebut menganggu rutin hariannya termasuk waktu bekerja.

“Kalau di UTC, orang ramai mungkin terdedah dengan situasi di luar jangkaan kerana kebanyakan kawasan tersebut ramai warga asing. Di sini (Jalan Duta) masib terjaminlah (keselamatan).

170

“Tetapi ia masih menyusahkan orang ramai. Macam saya terpaksa bawa bersama isteri dan anak-anak datang menunggu awal pagi. Saya bernasib baik kerana majikan saya memahami dan membenarkan saya mengambil cuti,” katanya.

Nombor giliran yang diagihkan sebanyak 700 setiap hari habis seawal jam 10 pagi dan orang ramai yang mahu berurusan di kaunter tersebut perlu hadir awal pagi bagi mengelakkan kehabisan nombor giliran.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });