0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tips Hilangkan Dagu Yang Berlapis Yang Berkesan | Dagu berlapis ini merupakan adalah lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher. Perempuan memang sangat risau bila dagu berlapis ini muncul.

Dagu berlapis boleh dikesan menerusi cermin muka. Bolehkah masalah dagu berlapis ini dihilangkan? Adakah cara-cara untuk menghilangkan masalah dagu berlapis ini?

Macam mana dagu berlapis boleh muncul? Punca dagu berlapis ialah makan yang berlebihan, cara duduk, cara tidur dan berjalan yang tidak betul. Oleh itu cara untuk menghilangkan dagu berlapis adalah seperti berikut:

Orang yang suka membongkok atau tunduk selalunya akan mengalami masalah dagu berlapis. Cuba tundukkan kepala ke bawah, dan rasa di bawah dagu pasti korang akan rasa lapisan dagu yang berlapis sekiranya ada lemak di dalam lapisan kulit muka dan leher.

Makan secukupnya. Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Gemuk dan dagu berlapis ibarat lagu dan melodi.

Elakkan tidur selepas makan. Jika korang biasakan diri untuk tidur selepas makan, muka korang akan menjadi tembam, dan kulit dagu akan melabur banyak sel-sel lemak ke dalam kulit. Pelaburan seperti ini sia-sia. Malah bomoh-bomoh tertentu mungkin suka menjadikan korang sebagai sasaran untuk bekalan mentah minyak dagu.

Korang juga boleh gunakan teknik urutan untuk memecahkan lemak pada dagu. Urutan hendaklah secara menaik, iaitu dari bawah dagu ke atas dagu, sama seperti mencuci muka dengan benda-benda yang digunakan untuk mencuci muka.

Tips nak bagi dagu berlapis hilang tak banyak tapi ada beberapa yang boleh diamalkan selalu. Cara pertama kawal pengambilan kalori dan juga bersenam.

Kunyah Gula Gula Getah

Kunyahlah sebiji gula – gula getah biar sampai kebas baru berhenti. Ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka sebenarnya TIDAK MEMBAKAR LEMAK, tetapi hanya membakar kalori.

Senaman Muka

Berdiri dihadapan cermin dan sebut A – E – I – O – U, gerakkan secara perlahan dan cekangkan otot muka ketika menyebutnya. Kemudian masamkan muka untuk beberapa saat, sambil diselang selikan dengan senyum yang lebar.  Ulangi ketiga-tiga langkah di atas selama 3-5 kali di hadapan cermin setiap hari mesti dagu akan makin cantik.

Tidur Tanpa Menggunakan Bantal Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

Salah satu cara untuk menghilangkan dagu berlapis adalah tidur dengan muka menghadap ke atas. Kaedah tidur seperti ini bertujuan untuk mengelakkan dagu dan leher daripada bercantum.

selamat mencuba!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });