0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Aku rasa ramai dikalangan kawan – kawan yang ada masalah kegemukan di muka. Dah buat exercise macam – macam tapi muka tetap bulat berbeza dengan aku, kalau badan menurun mesti efek pada muka dulu. Sebenarnya banyak cara nak kecilkan muka melalui urutan, pembedahan dan jugak senaman tapi aku nak share beberapa tips untuk korang amalkan.

Chewing Gum

Chewing Gum antara makanan yang wajib dijadikan amalan kerana boleh membentuk otot di atas pipi. Setiap hari kunyahlah selama 20 minit sehingga takde rasa lagi.

Senyuman

Senyuman sebenarnya membantu mengerakkan sebahagian besar otot di pipi.  Amalkan setiap hari.

 

 Senaman Pipi

Letakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari.

 

Sedutan

Cuba sedut dan tarik pipi  biar rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat dan  lepas.

Senaman Mulut

Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seperti nak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Lakukan 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

Kembong

Dengan mulut tertutup, kembongkan pipi korang. Ulang gerakan ini 20 kali dengan 4 hingga 5 set.

Kebiasaannya, lemak di pipi akan menurun dengan diet yang betul. Andai kata tidak turun, ada kemungkinan, itulah bentuk rupa muka korang. Manusia dicipta dengan kepelbagaian rupa. Ada yang petak, bulat, bersegi-segi, lonjong dan sebagainya. Bagi seorang yang tidak dalam tempoh diet, kenali dan kurangkan makanan yang mungkin menyebabkan pipi naik seperti coklat, aiskrim dan pelbagai lagi yang manis.

P/s: Selamat mencuba!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });