0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Kempiskan perut? Aku tahu mesti ramai yang nak kempiskan perut cuma tak tahu cara yang betul perlu diamalkan setiap hari, ye dak? Ramai yang sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang bila berdepan dikhalayak ramai. Betul? Contoh ketaranya paling senang haa perut buncit. Mesti bila perut buncit konfiden level korang merudum terus terutamanya lelaki. 

Kali ni aku nak share cara kempiskan perut tapi takdelah advance sangat cuma kalau diamalkan selalu insyaAllah kempislaa nanti. Takde jalan singkat untuk korang dapat perut flat ye.

Minum Air Suam yang Banyak

Apabila badan menerima sumber air yang banyak, keadaan ni akan mencairkan jumlah sodium dalam badan yang mana membolehkan kuantiti air yang keluar dari badan akan meningkat.

Makan makanan yang betul

Makanan yang betul ni kiranya diet yang seimbang sebabnya dengan berdiet korang boleh membuang lemak degil terutamanya di bahagian perut.

Senaman dan bersukan

Sebelum ni, aku pernah diet selama sebulan dan mampu turunkan 11kg tanpa ragu – ragu tapi tanpa senaman, badan nampak menggeleber so cara nak nampak kulit yang menggeleber tu jadi kemas dengan bersenam pluss lemak tu lebih cepat terbuang bila korang kerap membakar kalori.

Jangan makan lewat malam

Petua ni memang antara aku amalkan sehingga sekarang. Logiknya bila dah malam korang asyik kunyah setiap masa mesti badan pun less aktif sebab banyak berehat. Lemak terkumpul tu pun takkan diproses untuk dibakar dan menyebabkan obesiti dengan mudah.

Makan perlahan – lahan

Antara percaya atau tak, sebenarnya ini fakta. Bila tengok cara aku makan dengan kakak perghh berbeza sangat. Dalam 5 minit dia mampu habiskan dan aku? Masih tercungap – cungap nak licinkan pinggan.

Makan makanan berserat

Selalu jugak aku amalkan terutama bila terasa nak cuci usus bagi bersih. Eceh, maksud aku bila kita makan makanan berserat, perut akan memproses mengeluarkan bahan yang tidak perlu dalam masa yang singkat.

Jangan amalkan pil ubat

Haaaaaaa dulunya aku antara mereka yang mengambil ubat kuruskan badan tapi itu kisah 5-6 tahun lepas. Lepas makan terus badan aku dehidration disebabkan kekurangan air dan hampir pitam. Bayangkan bila air kurang, suhu badan akan panas dan seterusnya menyebabkan sembelit disebabkan badan kepanasan. Haaaaaaa tak ker cari penyakit namanya tu? Hikhik

P/s: Aku harap tips kempiskan perut ni berguna untuk korang. Tapi sebenarnya nak kempiskan perut kena ada jadual yang teratur diselangselikan dengan senaman baru menjadi. Selamat berusaha.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });