0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Aku ini bukanlah pandai sangat bab rambut tapi setakat ini, alhamdulillah ramai kawan – kawan ikut nasihat aku bila sebut pasal penjagaan rambut. Tips penjagaan rambut nanti aku share kat next entri tapi kali ini, aku nak berkongsi macam mana nak beli shampoo rambut ikut kesesuaian kulit.

Bila nak beli shampoo, pertama sekali kena tengok pada jenis kulit kepala kita. Macam kulit kepala aku, dah sah lagi sahih berminyak yang amat cuma tak boleh nak perah. muahahhahaa. Tapi pernah terfikir tak kenapa kita guna shampoo? Alahhh semua tahu nak bersihkan kotoran dan minyak pada kulit kepala. Bijaknya adik – adik! wahahahahahaa!

Selalunya pengalaman lalu mengajar, beli shampoo ikut iklan tv, tonyoh banyak kali atas kulit kepala pastu settle. Siapa ajar weh cara macam ini? Isk! Isk! Dulu aku pun macam itu, setia bagai dengan Pantene, Rejoice dengan Sunsilk. Part Wardina jadi model Sunsilk dulu – dulu, tak sabar – sabar aku carik kat kedai. Tapi jangan tertipu dengan iklan komersial macam itu.

Pentingkan kualiti dari kuantiti. Hoh bukan apa, rambut ini bila dah mula gugur, memang payah nak bagi sihat semula. Apa salahnya keluarkan duit Rm30 dari Rm5 yang boleh buat kepala botak tanpa segan silu. Dah botak baru nak cari Yun Nam? Memang haremlah jawab dia nak keluarkan Rm5k++. ye dak? Time pergi kedai shampoo @salun rambut, rajinkan mulut bertanya dan mintak pendapat nak guna shampoo apa. Malu bertanya kepala yang botak! Muahahahahahaahah!

Tapi orang addicted shampoo rambut macam aku bila pergi salun, aku takkan bantai shampoo jer tapi dengan serum sekali. Setahun aku rebonding, setiap kali pergi salun mesti orang fikir rambut aku macam baru 3 bulan rebonding. Wahhh, riak wehh! Nauzubillah! Petua dia, hah guna serum lembutkan rambut setiap kali lepas mandi ataupun time melepak dalam bilik. Tak susah pun, 2 minit jer sembur zreeeet dah siap! haha.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });