0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tips untuk Gemukkan Badan

Salam..

Dah lama aku tak share tips dalam blog kali ni aku nak berkongsi Tips untuk gemukkan badan. Asyik nak kurus jek kesian pulak kat korang yang nak jadi gemuk. Meh baca dulu amalkan mana yang korang minat ye!

Makan Makanan Berkalori Tinggi

Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500 – 1000 kcal dalam sajian setiap hari. Dengan cara ini, korang boleh menambahkan berat badan sebanyak 0.5 kilogram hingga 1 kilogram dalam tempoh seminggu.

Makan Makanan Karbohidrat Tinggi

Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan korang.

Makan Lewat Malam

Dengan memakan snek pada waktu lewat malam dapat mengelakkan badan korang daripada membakar terlalu banyak kalori ketika tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan dan biasanya aku suka amalkan makan coklat cadbury time mengadap laptop malam – malam.

Makan Daging Merah Lebih

Daging merah nih aku tak nafikan memang cepat buat badan korang bulat. Tapi sebenarnya kena tengok pada jenis darah jugak.

Makan dan Berehat Secukupnya

Takde gunanya korang akan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Tapi tak bermakna korang harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6 – 8 jam setiap hari sudah cukup memadai.

P/s: Ramai jugak berat badan bertambah apabila meningkat usia tapi mungkin disebabkan kurang aktif, lebih sabar, boleh menangani tekanan serta mempunyai lebih masa untuk menikmati makanan. Apa orang kata ehemm menikmati nikmat hidup.  Apa yang korang kena faham untuk mendapatkan berat badan yang berkualiti akan memakan masa dan juga kesabaran. Yang pasti, takde  formula ajaib untuk mempercepatkan hasilnya. Selamat mencuba!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });