0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

trafic appril

Hari ni aku nak berkongsi TRAFIK blog PenMerah[dot]com untuk bulan April. 2 bulan yang kebizian dan jugak aku mula on track untuk  blogging macam dulu. Maksudnya, setiap hari cuba tak skip entri selain nak kena kekalkan trafik untuk jaga rating blog. Ehhh? Ada rating ker? 

Rating ni maksudnya aku buat suka suki untuk bagi awards kat diri sendiri melalui hasil kerja dari blog. Bila dah biasa dapat trafik 10k nampak jek merudum sikit mesti rasa kecewa jadi untuk motivatedkan diri sendiri, aku buat entri ni supaya sentiasa ingat untuk sentiasa tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. kekeke!

bee

Ini pulak koleksi buffered earning yang berjaya aku kumpul selama 4 bulan dari nuffnang. Amacam? Last aku merasa buffered earning macam ni masa bersama dengan blog darkbatman dulu itupun masa tahun pertama bersama nuffnang. Tapi tahun nih, alhamdulillah merasa lagi sekali. Terima kasih nuffnang yang bermurah hati dengan blog penmerah. >.<

sp

Advertorial? Menjadi blogger ini antara keseronokan yang best bila dapat advertorial tapi paling aku suka dengan nuffnang. Selama 4 bulan bagi tahun 2013, ini antara koleksi advertorial yang aku dah dapat. Tak sebanyak orang lain tapi tapi alhamdulillah masih ada rezeki untuk blog penmerah. Belajar tentang advertorial ni pun kalau korang nak tahu, aku banyak menimba dari blog Kak Red yang mana antara blog pertama aku menimba ilmu tentang blog advertorial, nuffnang dan jugak macam mana nak bagi blog aku tak nampak macam blog baru bermula.

Tapi kalau korang nak blog yang lebih fokus pada tips untuk dapatkan income secara pasif dari blog, aku lebih berminat dengan blog Eyriqazz.com. Kalau perasan, selama dia berblogging dah cash out sebanyak 40 kali. Antara blogger yang tak jemu bagi tips berblog dan berkongsi rezeki. Setiap blogger ada blog yang memang dorang follow untuk dapatkan tips tapi bagi aku, blog 2 orang otai nih dah banyak info lengkap untuk kita cari rezeki melalui penulisan.

P/s: You can be up here one day and down here the next day so dont take nothing for granted, stay humble and just go hard at whatever you do. When you get the opportunity to make it happen, just do it to the fullest. All the best~

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });