0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

(VIDEO) Dato Vida Luah Rasa Kesal, Hotel 6 Bintang Sediakan Tandas Mewah Tapi Surau Kecil

vida

Telah menjadi viral di laman sosial satu video yang dimuatnaik oleh Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Vida.

Video itu menunjukkan Dato Vida meluahkan rasa kesal dengan kemudahan surau sebuah hotel bertaraf enam bintang di Kuala Lumpur.

Surau yang disediakan oleh pihak hotel terlalu kecil, panas tiada penghawa dingin dan terdapat aliran paip yang keluar.

Namun ini amat berbeza dengan tandas yang disediakan oleh pihak hotel.

Kata Dato Vida, tandas hotel berkenaan begitu mewah dan amat luas sehingga boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa.

Ini berbanding dengan surau yang katanya boleh muat 3 orang sahaja.

Walaubagaimanapun, Dato Vida tidak menyebut nama hotel tersebut secara spesifik.

Orang ramai dilihat menyokong tindakan Dato Vida tentang perkara ini namun ada juga yang melontarkan rasa syukur kerana pihak hotel tetap menyediakan tempat solat buat tetamu.

Jom tonton video Dato Vida ini.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });