0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

VIDEO & GAMBAR Kejadian Tanah Runtuh Musnahkan 10 Kereta Di Serendah, Selangor

tanah

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Serendah, Hulu Selangor hari ini.

Zon Merah

Polis telah mengisytiharkan kawasan di sekeliling lokasi tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah sebagai Zon Merah.

Sebanyak 64 buah rumah diarahkan dikosongkan serta-merta bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kira-kira 340 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 500 meter diberikan masa sehingga pukul 1.45 petang untuk meninggalkan kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Supritenden R. Supramaniam berkata, setakat ini hanya enam keluarga dipindahkan dari kawasan tersebut.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati paras air yang mengalir di bawah tanah di kawasan tersebut semakin meningkat.

“Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaklumkan bahawa sumber air itu bukan daripada paip tetapi kemungkinan limpahan dari kawasan bukit berdekatan susulan hujan lebat,” katanya kepada media.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Selangor melaporkan, kesemua penghuni yang terjejas akan ditempatkan sementara di Sekolah Rendah Agama Serendah sebagai langkah keselamatan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor telah diarahkan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di lokasi yang terjejas.

Penunggang Motorsikal Terjatuh, Patah kaki

Seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas jalan yang dilaluinya ketika itu merekah dan runtuh menyebabkan beliau terjatuh.

Dia terselamat dan telah  patah kaki dalam kejadian tanah runtuh itu.

Mangsa telah tertimbus dalam runtuhan dan bernasib baik apabila penduduk yang menyedari kelibat beliau bergegas menyelamatkannya.

Kini mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Dalam kejadian tanah runtuh itu juga menyebabkan sebuah gerai dan 10 kenderaan yang diparkir berhampir musnah terjatuh ke lereng bukit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di mana kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan. -PENMERAHDOTCOM

6

7

8

9

12

13

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });