0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

(VIDEO) Lelaki Guna Parang Rompak Pemandu Wanita Di Ara Damansara, Suspek Kini Diburu Polis

rompak

Pihak Polis kini sedang giat memburu suspek yang menyerang dan merompak beberapa wanita di depan pondok keselamatan sebuah kawasan perumahan di Ara Damansara semalam.

Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi viral sejak semalam.

Dari video, sebuah kereta Myvi yang dipandu mangsa telah diekori oleh sebuah kereta jenis Honda Civic bewarna putih yang dipandu suspek.

Apabila mangsa berhenti di depan pondok keselamatan, suspek bertindak keluar kereta dengan membawa parang cuba merompak mangsa disebelah pemandu menyebabkan mangsa cuba melarikan diri dengan melanggar palang keselamatan.

Seorang lagi mangsa dilihat telah keluar melarikan diri namun dia juga telah diserang oleh suspek dan beg tangannya dirompak.

Gara-gara terlalu panik, mangsa terlupa menarik brek tangan menyebabkan keretanya merempuh palang pos kawalan.

Kereta itu juga merempuh sebuah lagi kereta lain.

Pengawal keselamatan dikatakan tidak bertindak balas mungkin kerana takut apabila melihat suspek membawa parang dan ditunjukkan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kami mempunyai laporan polis berhubung kejadian itu. Kami sedang meneliti CCTV dan telah memulakan gerakan memburu untuk mengesan suspek,”

Difahamkan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak. -PENMERAHDOTCOM

Ini video nya:

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });