0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tan Sri Adenan Satem

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem hari ini menzahirkan kekagumannya dengan usaha Perdana Menteri yang begitu prihatin dengan nasih dan pembangunan di Sarawak.

Adenan berkata kekerapan Najib melakukan lawatan kerja di Sarawak tidak pernah dilakukan oleh lima Perdana Menteri terdahulu.

“Terima kasih (Perdana Menteri) semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi dan kerap bertemu dengan masyarakat Sarawak seperti orang laut dan Iban.

“(Disebabkan itu) saya nasihatkan Perdana Menteri untuk cari bini baru dari kalangan orang Iban” katanya secara berjenaka ketika berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) peringkat kebangsaan di Tebingan Kuching, hari ini.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan tiga hari ke negeri tersebut.

Malah menurut Adenan lagi, sepanjang enam tahun memimpin negara, Najib telah mengadakan lawatan sebanyak 47 kali ke Sarawak.

“Syukur alhamdulillah, dalam enam ke tujuh tahun lagi Sarawak akan membangun seperti Semenanjung dengan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo.

“Walaupun ekonomi Malaysia merosot disebabkan harga minyak yang menurun, dari RM120 setong kepada RM30 setong dan Kerajaan Persekutuan kekurangan dana pembangunan namun beliau masih sangup belanjakan 16 billion untuyk negeri Sarawak.

“Itu sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya dan ia amat mengkagumkan, beliau bukan datang dengan tangan kosong, setiap kali datang ada sahaja pengumuman besar untuk pembangunan negeri ini,” katanya lapor Suara TV

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });