0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Wanita Cedera Dipukul Dengan Kayu Kerana Cuba Pertahan Maruah Diri

kayu
Satu kejadian yang membuat ramai kaum hawa marah telah berlaku di India.

Sekumpulan lelaki telah memukul seorang wanita dengan kayu hingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ini gara-gara wanita berkenaan cuba mempertahankan diri daripada dicabul lelaki terbabit.

Menurut laporan NDTV.com, wanita itu mulanya mendekati kumpulan lelaki itu bertanyakan arah di sebuah pasar di daerah tersebut.

Tidak membantu wanita berkenaan, lelaki-lelaki itu sebaliknya dikatakan cuba menanggalkan kain yang digunakan untuk menutup kepalanya.

Apabila wanita tersebut cuba melepaskan diri dan melawan mereka, dia dipukul dengan batang kayu besar dan turut dimaki hamun oleh kumpulan tersebut.

Menerusi sebuah paparan video yang kini viral di seluruh dunia, wanita itu dipukul di bahagian kepala sebanyak dua kali oleh salah seorang lelaki dalam kumpulan tersebut.

Suspek telaj menghayunkan kayu buat kali ketiga, namun sempat ditahan oleh seorang lelaki lain yang turut berada dalam kumpulan itu.

Lelaki itu kemudiannya memberi isyarat kasar yang jelas mengarahkan wanita terbabit meninggalkan tempat kejadian.

Insiden tersebut disaksikan oleh orang ramai dan pihak berkuasa, namun tiada siapa tampil memberikan pertolongan.

Suami mangsa juga turut dipukul sementara anak perempuan mereka dibiar melihat seluruh kejadian di depan mata.

Menerusi laporan terkini, polis mengesahkan sudah membuat tangkapan terhadap seorang suspek.

Manakala individu yang lain disahkan kini diburu pihak berkuasa.

Polis dalam masa sama turut memberi jaminan akan membuat penahanan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat memandangkan wanita itu mengugut akan menembak dirinya sendiri sekiranya terdapat pesalah terlepas daripada hukuman undang-undang. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });