Senarai 12 Penipuan Yang Popular Di Malaysia

by Pen Merah on July 27, 2012

in Cerita Aku

Salam..

index 1024x682 Senarai 12 Penipuan Yang Popular Di Malaysia

Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar,boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu. Nampak macam remeh tapi kalau dikumpulkan perghhh tak terkata dibuatnya.216507 168332849890873 144366415620850 413983 2645699 n Senarai 12 Penipuan Yang Popular Di Malaysia
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-

1. Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

3. Bomoh buang sial

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Sumber 

{ 19 comments… read them below or add one }

Nurul July 27, 2012 at 5:54 am

semaunya kaki tipu.. hehehe
Nurul recently posted..Iklan Raya yang ditungguMy Profile

Reply

Ejal July 27, 2012 at 6:46 am

Pernah menjadi mangsa no. 10 di sebuah kedai. Dah bayar pun. Nasib baik sempat fight kat Tribunal Tuntutan Pengguna. Dapat balik duit.Selepas 6 bulan, kedai tu dah tutup. Alhamdulillah dapat balik duit.
Ejal recently posted..Untung ke Melabur di Unit-Trust Lagi?My Profile

Reply

Pen Merah July 27, 2012 at 6:49 am

alhamdulillah.. nasib dpt kan.. :)
Pen Merah recently posted..Senarai 12 Penipuan Yang Popular Di MalaysiaMy Profile

Reply

Madam Riena July 27, 2012 at 6:58 am

pernah terkena No. 9 & 10… rasa macam nak baling2 dia dengan sandle aku ni ha.. buat sakit hati betul…
Madam Riena recently posted..I’m 5 weeks pregnantMy Profile

Reply

helwa raudhah July 27, 2012 at 10:23 am

x pe ..saye x prnh berminat dengn sue nie…umi saye ajar jangan terpengaruh dengn bende cam tuh :D

Reply

iGossip by Rizal July 27, 2012 at 10:39 am

haha tahu senang

Reply

onie July 27, 2012 at 1:49 pm

paling biasa, gores dan menang,haha…. kak anne,dah lama tak ke sini,sorry :’(
salam ramadhan ye kak ^__^
onie recently posted..eeee,hantu !My Profile

Reply

Pen Merah July 27, 2012 at 2:04 pm

hikhik

Reply

Orang Kampung July 27, 2012 at 2:11 pm

Assalamualaikum…memang mcm2 jenis penipuan skrg..kena hati2
Orang Kampung recently posted..BersyukurMy Profile

Reply

jem April 12, 2013 at 5:47 am

Jahat Betul..Kesian org2 kg kena tipu.Ayah pun pernah kena no.10.habis duit nak gi Haji..bila call siap cakap.report la kalau kami ada kat sini lagi..diorang ni buat keje ni tak pikir ke bagi anak bini makan duit haram.yang sedihnyer majoriti pekerja melayu.bosnyer paham2 je la..

Reply

osman zainuddin April 18, 2013 at 4:51 am

assalamualaikum…dorang semua kena tipu..sebab pilih syarikat yg salah…yang tak sah di sisi agama,,,sy pun penah terkena juga,,,,tetapi skrg sy sudah jumpa syarikat yg betul2 nk bantu utk menaikan ekonomi kaum bumiputera..ALHAMDULILAH;-)

Reply

osman zainuddin April 18, 2013 at 4:54 am

jika anda semua ingin berjaya…dan mahu mgubah khidupan utk masa depan…sila hubungi sy–0175048440,,osman

Reply

Char Kuey Tiau April 23, 2013 at 6:33 am

dah agak dah mesti ada tong disebalik taik. Bro OZ dalam diam2 dah promote biznis dia dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

Reply

anonymous May 14, 2013 at 2:57 pm

saya nak..perlu bayar x??bagi no akaun..nak bayar nie..hahaha..give it if u dare..

Reply

mohd firdaus bin mat zain May 13, 2013 at 6:28 am

..nak bt camna,nafsu yg tamak x kena jln yg betul..dah masyarakat suka utuk diri mereka tipu,pihak penyamun main peranan laa..sebb mereka dapt jwapn dari masyrkt nak kaya,x tunggu da…depa ambek peluang laa utuk tipu orng..buh ayat-2 power,x perlu usaha,sebb itu pihak penyamun dan pencuri sangat suka kepada masyarakt sebb bg ruang utk mereka jalan projek penipuan mereka utuk tipu orng…tuu masyarakat kita terkena,polis dah bg tau abis2 tpi segelintir masih buat, yg best tuu bg org yg pernh dah kena ..masih lg percaya..pasai ikut nafsu dalm diri tuu…klu ikut nafsu badan binasa…ermmm apa nak jdi masyarkt kita..peryamun buh api kt kita,kita dah cair dah,hehehe…akai duk buh kot mana,nak kata akai x dak…ada, fikir-2 lah

Reply

intan maisyarah abdullah May 14, 2013 at 11:14 am

apalah manusia zaman skang ni
duhai

Reply

anonymous May 14, 2013 at 2:55 pm

dah pernah kena jugak..gores dan menang..dia tipu 3000..nasib baik dia guna money transfer..so ada no akaun dia..jadi sangat senang la bagi saya..dia balik yang kena sebab akaun kena hack oleh saya..saya buat seakan2 dia sendiri yang buat transaksi jual beli..saya transfer semua baki dalam akaun dia n saya tinggal rm10 je…siap beli myvi baru lagi saya lepas tu..hahaha..silap orang dia tipu..rasanya mesti hari tu dia rasa macam nak mati..hahaha..sekarang pun masih ada lagi baki 12000..hahahaha..nak buat ape ekk dengan duit tu??

Reply

insan lemah May 15, 2013 at 2:50 pm

sy penah kene tipu dengan penmerah network.. da byr tp xpenah post link sy bg.. mule2 minx seratos.. pas coutim ,rm 30 .. tp xde gak .. macam mane tu??

Reply

portal kini May 16, 2013 at 3:09 pm

byk dh kne tipu…

kne pandai menilai…

xboleh trus percaya…

kne kaji dlu…
portal kini recently posted..Rahsia penciptaan kucing yang jarang diketahui umumMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!