white

Siapakah Yang Kerap Menziarahi Kita?

by Pen Merah on January 14, 2013

in Cerita Aku

Salam.

kubur amar Siapakah Yang Kerap Menziarahi Kita?

Kematian adalah suatu pengalaman yang wajib ditempuhi oleh setiap manusia. Ianya tidak kira dari golongan mana, agama atau martabat. Cuma kita tidak tahu bilakah ajal atau kematian akan tiba. Tahukah korang setiap hari siapa yang paling kerap menziarahi tanpa kita sedar?

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.

 

Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, ttetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

P/s: Semoga bermanfaat.

{ 3 comments… read them below or add one }

Khadijah Syahiera January 14, 2013 at 2:42 pm

Betul tu….
Kullu nafsin zhaiqatul maut….
Setiap yg benyawa pasti akan merasai kematian… :)

Reply

Muhammad Zaid bin Zahri January 14, 2013 at 2:55 pm

apakan daya, kak petir menyambar komen yg pertama, x sempat nk komen, hahahah, asyik sambar menyambar ja kak petir, hahahaha

Reply

Khadijah Syahiera January 14, 2013 at 3:05 pm

Hahahha….bosan mlm ni..tu yg menyambar je…. ;)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!