white

Sinopsis Ramadan Yang Hilang

by Pen Merah on July 7, 2013

in Drama Online

Salam..

sinopsis ramadah yang hilang Sinopsis Ramadan Yang Hilang

Mesti dah ramai yang mula tengok drama Ramadhan yang hilangkan? Kali ni aku bagi sinopsis dulu untuk korang baca dan hayati. Boleh baca kat bawah ni ye.

Sinopsis Ramadan Yang Hilang

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Untuk pengetahuan anda, drama ini adalah terbitan Radius One Production dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin.

{ 2 comments… read them below or add one }

Bidadari July 9, 2013 at 3:43 pm

Sekali lagi Eira Syazira menjadi tunjang utama. Cerita sedih pada bulan ramadhan ni mesti Eira ada berlakon. Memang sesuai dengan dia…
Bidadari recently posted..Tips Hamil : Cara Menghadapi Kemandulan Pada WanitaMy Profile

Reply

joyzieta othman July 12, 2013 at 2:18 am

sgt2 suke mononton drama ni.jika tlepas(sbb keje n g trwih)..akn crik d tonton.com.my..bgus tema & moral drama ini..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!