0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Apa yang best dengan Casio Camera Exilim TR15

Salam.

Sebelum ni, aku pernah berkongsi dengan korang pasal kamera yang super hot Casio Camera Exilim TR15. Kalau korang tengok kualiti dengan fungsi yang ada dari entri sebelum ni, mesti teruja gila! Plus kamera ni ada wifi yang mana gambar boleh dipindahkan terus ke dalam smartphone korang tau. Tapi kali ni aku nak kongsi lagi apa yang menarik dengan  Casio Camera Exilim TR15.

Ada 3 warna yang korang boleh pilih tapi aku punya warna putih. Semua barang mesti putih jek. haha!

Kenapa kamera ni menjadi pilihan? Satunya kalau tengok dari jauh mesti ramai yang fikir aku pegang smartphone bukannya kamera sebab rupa dia yang compact dan mudah nak masukkan kat dalam poket. Senang nak grab bila nak snap gambar sama macam kita pegang Iphone.

Kat tempat lense tu, mesti korang akan perasan ada 3 lens yang akan cantikkan lagi objek yang korang nak snap tu. Sebab tu, kualiti gambar ni cantik tau walaupun korang selfie sengsorang.

Paling penting bagi perempuan bila setiap kamera ada fungsi licinkan kulit muka. Kebanyakan perempuan mesti sehabis boleh nak tutup jerawat walaupun 1cm bila nak upload gambar. haha! Casio Exilim TR15 sangat memahami kaum perempuan tau sebab menyediakan MAKE UP MODE. Dari gelap boleh diputihkan so tak perlu nak tempek fair and lovely tebal tebal lagi dah. Kamera ni ada 26 level kecerahan yang korang boleh pilih so tak perlu lagi risau nak transfer ke komputer untuk edit bagai! Kamera ni dah lengkap semuanya!

Dalam banyak fungsi  Casio Camera Exilim TR15, aku tak nafikan ART SHOT sangat superb terutama skali untuk mode POP dan HDR. Memang tersangat sukaaaaaaaaaaaaa! Sesetengah orang suka nak letak frame, emoticon sebab nak sampaikan mesej dengan cara yang unik kat orang ramai kan. Sebelum ni aku pernah guna fungsi picture art kat iphone tapi banyak step woo nak kena buat. Letih jugak laa tangan aku ni haa duk menggodek tapi dengan kamera ni, semua dah ready! Tak perlu nak download, tak perlu nak guna 2-3 aplikasi tapi semua dah ada dalam 1 tempat. Senang dan mudah!

Fungsi yang korang akan suprise dengan kamera compact ni adalah motion shutter. Maksudnya korang boleh setkan masa untuk bagi gambar ni shoot sendiri tau. Biasanya cuma DSLR je yang ada tapi jangan tak percaya, sebab  Casio Camera Exilim TR15 pun menyediakan fungsi ni untuk menyenangkan pengguna untuk snap gambar. Cuma gerakkan tangan kat kawasan logo tangan tu automatik kamera ni akan snap! Sama macam kita guna kinect xbox.

Casio Camera Exilim TR15 merupakan kamera pertama yang menyediakan bateri removeable yang mana kalau korang rasa nak snap banyak gambar boleh la bawak beberapa bateri lain untuk back up. Dalam banyak kamera aku guna. bateri kamera ni memang terbaik sebab boleh tahan lama walaupun snap banyak kali. Amacam? best tak? Maklumat lanjut, korang boleh tengok kat bawah ni tau,

CASIO INTERNATIONAL SITEhttp://www.casio-intl.com/dc/

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });