0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Lebih Laju dengan Maxis 4G Blogger Blaze

Salam.

25

Ahad baru ni, aku berkesempatan menyertai treasure hunt anjuran Maxis bertempat di dataran Curve. Lebih kurang 30orang blogger menyertai termasuklah aku sekali. Pagi pagi buta menapak untuk dapatkan Note 3. Bukan senang nak dapat free. 

Pukul 9.00 pagi, kitaorang semua kena berkumpul dan acara hari tu di hoskan oleh Ben. Dah ready mental dan fizikal walaupun aku tak bajet kena main aktiviti lasak. Haha!

 29

 Untuk pertandingan #Maxis4GBloggersBlaze ni, peserta diberikan secara rawak jadi aku pun tak kisah sape jek ahli kumpulan janji buat sampai menang. Tengok nama kumpulan rupanya sekali dengan Budiey, Kifly Mally dan Henry Lee. Dalam hati dah seronok sebab dapat 3 hero. Last time aku pergi treasure hunt, 3 perempuan so peluang nak menang tu tersangatlah tipis. Memang ada harapan nak menang walaupun aku sorang jek perempuan!

 

Ini pulak kumpuan SHARK pun Nampak kuat jugak sebab 2 lelaki 2 perempuan.

2

Sebelum bermula, benda pertama kitaorang buat perlu cari lokasi untuk dituju dengan kereta yang disediakan oleh pihak maxis. Macam mana nak cari lokasi tu?

Dengan menggunakan code yang korang kena scan dari phone, tempek kat code yang ada atas belon lepas tu terus dapat lokasi yang perlu dituju. Time ni, aku memang tak berape nak pandai sangat guna Samsung jadi slow la jugak. Satu persatu kena scan kat belon bukan benda senang tau tambah pulak belon tu asyik bergerak-gerak. Ikutkan hati nak jek letupkan terus. Siapa punya idea la bijak sangat ni letak code kat belon. Grrrrr!

Dapat lokasi, dapatkan kunci kereta dan terus lari laju laju masuk kereta!

 

Maxis memang baik hati sebab bagi kereta cecantik kat kitaorang. Time tu, aku dapat proton preve wooo! Tapi dalam games ni, bukan dikira siapa paling laju tapi siapa paling banyak kumpul point yang banyak. Korang pecut laju pon markah tak dikira ya. ;’)

 23

Go – Kart Racing ni games kedua sebenarnya sebab lokasi pertama yang aku kena pergi adalah Sunway Lagoon. Games pertama kena download games Drag Racing dari phone Samsung yang Maxis sediakan. Tak sampai 2 minit dah siap download! Gila laju! Tapi main games ni aku memang tak pandai. Harapkan pada 3 orang hero dalam group aku jela. Lol.

 21

GO Kart Racing ni sebenarnya kali pertama aku main tau. Tapi masa naik Go-Kart, yang dikira adalah kelajuan dan kena naik dengan partner. Time tu aku naik dengan Kifly Mally. Memang kelakar gila sebab aku asyik suruh dia pecut laju dengan Go Kart yang sememangnya taknak pecut laju pon. Mungkin berat mungkin jugak sebab dah berkarat. Itu yang kitaorang kalah tu. Muahahaha!

28

Dah habis naik Go Kart, kena pulak pergi ke Wangsa Maju. Dari Sunway hujung sana kena menghala ke hujung sini pulak. Nasib baik ada waze dengan line 4G Maxis. Takde la kitaorang nak sesat bagai! Akhirnya sampai jugak di Madmonkeyz untuk acara ketiga iaitu climbing rock. Kitaorang kena dapatkan bendera atas tu dalam masa 6 minit dengan 4 orang perlu naik sorang sorang sampai habis. Menggelebah ayam jugak aku ni sebab risau karang jatuh kena penalty 20 minit memang sia – sia jek harapan nak menang tapi nasib baik ada Kifly Mally.

Masa baru jek snap video tak sampai seminit, pusing belakang perghh Kifly dah nak sampai amek bendera tu. Gila laju! Memang teruja tapi masuk part aku memasing dah risau. Haha! Kalau orang lain dah risau, aku ni apetah lagi. Tapi berjaya tau tak jatuh, tak luka, tak nebes sebab Nampak NOTE 3 memanggil – manggil.

Kumpulan aku ni memang kelakar! Memang sporting habis tau! Acara last time tu, kena makan buat tembikai dengan cepat. Sebelum tu aku risau sebab takut tak habis. Perempuan ni perut bukan besar sangat pun tapi nasib baik 3 orang jek kena makan. Dalam hati dah seronok sebab terus passing kat heo hero Malaya ni.

Sebelum kitaorang bermula, Budiey dah cari cara nak makan tembikai kat youtube jadi dari situ kitaorang dah tahu skill nak makan dengan cepat. Teringat lagi Budiey cakap ‘’beb, kita kena buat macam ni tau,, korang nak menang Note 3 tak’’. Semua angguk cakap NAK! Haha. Hebatkan leader kitaorang. Time tu memang dah tak kisah nak kotor kan baju janji menang. Memang best gila sebab masing masing bersungguh – sungguh makan sampai habis muka dengan tembikai.

Comel tak dorang?

 

Dah habis makan, boleh lagi dorang gelak sesame sendiri. Korang memang terbaik tau!

Part berakhirnya acara dan menunggu nama pemenang. Dalam kontes 4G blogger blaze, ada 2 hadiah untuk 2 pemenang iaitu Samsung Note 3 dan Ipad mini untuk setiap sorang. Time tu neves jugak sebab masing masing bersemangat siapkan tugasan dengan laju. Tapi Alhamdulillah, kumpulan aku berjaya dapat tempat kedua. Tahniah semua!

 

Mentang mentang nama team Leopard, siap ada trademark lagi tau!

Tu dia muka muka pemenang dan senyuman yang sangat manis dari team Stallion. Tahniah buat korang. Bestnye dapat Samsung Note 3. Teringin nak Samsung tapi apakan daya, rezeki dengan Ipad mini. TQ Maxis untuk aktiviti yang sangat menyeronokkan dan mencabar! Lain kali buat lagi.

P/s: One of the best blogger event untuk bagi penutup tahun 2013. Thumb ups!!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas