0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pelancaran Kamera Baru 2013 Daripada Sony

Pelancaran kamera baru Sony Nex-5T berlangsung di Hilton Kl, dihadiri oleh dua pelakon terkenal yang juga ambassador untuk Sony iaitu Lisa Surihani dan Zizan Razak. 6 produk baru dari Sony diperkenalkan antaranya Sony Nex 5T, 4K Camcoder, Action Cam,HDR Mv1, DSC QX100 dan alpha 3000.

Lisa Surihani berkongsi pengalaman menggunakan Sony Nex-3N ketika melancong ke luar negara. Nex-3n sangat sesuai untuk mereka yang suka selfie selain inginkan kualiti gambar yang menarik.

Zizak Razak pulak berkongsi pengalaman dia menggunakan Sony Nex-5r masa kat Indonesia. Memang superb gambar gunung berapi waktu malam dan siang. Terbaiklah!

Sony Nex-5T yang diperkenalkan semalam. Nex-5T merupakan keluaran terbaru selepas Sony Nex-5R dilengkapi dengan fungsi Near-Field Communication (NFC). Masih menggunakan 16.1 megapixel, mempunyai wifi dan touch screen.

Sony NEX-5T cover.jpg

Ukuran dan berat yang sama dengan Nex 5R tetapi dengan kemudahan wifi memudahkan pengguna untuk memindahkan gambar ke kamera yang lain.

Maklumat lanjut tentang Sony Nex-5T ni, korang boleh masuk dalam website Sony Malaysia sebab ada banyak detail yang lebih lengkap untuk korang tau. Untuk review Sony Nex-5T ni aku akan up entri kemudian sebab banyak fungsi yang best woo.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas