Salam..

Amboiii tak disangka rupanyaa hari ni nak terkena prank dari Radio Era yang dikelolakan oleh Dj yang banyak cakap siapa lagi kalau bukan Adi Fashla dan Zahid. Okay, terkedu aku dibuatnya. Sampai hati korang tau!
Tak pernah terfikir nak kena macam ni. Selalunya time dengar orang kena prank kat radio mesti jari aku laju jek nak kuatkan volume lepas tu gelak besar sebab ada hiburan time tengah drive kereta. Tapi.. tapi kali ni aku pulak yang kena. Huwarghhhhhhh! Biasanya aku ni payah gila nak angkat telefon tapi kali ni mungkin nasib nak terkena. Nasib ko laah labu. Kahkahkah!
Time syok dengar lagu Faizal Tahir. Phone ringing sambil tengok skrin ”Private Number”. Dalam hati siapa pulak nak kol number baru guna private number nih. Laju jek tangan pick up call.
Perbualan lebih kurang macam ni;
Adi Fashla : Hello, ni Nur Raihan ker?
Aku : Ye saya ( pendek dan ringkas). Siapa ni?
Adi Fashla : Saya management dari tempat tinggal cik raihan. Kami terima aduan tentang kucing cik yang bising dan menganggu tempat kediaman. Di fahamkan ada 15 ekor.
Aku : Terkedu dan cuak (mana pulak dia tahu aku ada 15 ekor kucing)
Adi fashla : Untuk maklumat cik, pihak kami tidak membenarkan tempat kediaman membela kucing mahupun anjing. Aduan diterima mengatakan kucing cik buat bising dan berbau busuk. Apa tindakan cik untuk aduan ni?
Aku : Terkedu lagi sambil fikir apa nak dijawab. Tarik nafas dan jawab ”setahu saya, kucing saya bukan jenis bising dan diam jek. Lagipun saya khaskan dorang dalam 1 bilik. Yang bising tu kucing kat luar rumah bukan kucing saya dan bau busuk tu rasanya takde sebabnya hari – hari saya cuci. Kenapa dorang tak buat aduan pasal anjing yang berkeliaran di kawasan rumah”. Punya aku tak puas hati kan kucing aku disalahkan. haha.
Adi Fashla : Kami mungkin akan mengenakan denda kepada cik.
Aku : Timbul rasa keraguan disebabkan mana dorang ni dapat number phone dan tahu aku ada 15 ekor kucing. Dalam hati kawan mana yang nak kenakan aku. Cepatlah mengaku oii! Tapi aku teruskan. Aku tanya lagi ”siapa ni yang call” tapi tak boleh nak teka sebabnya dorang tak gelak. Biasanya kalau kawan-kawan yang nak kenakan mesti tak bertahan lama. Panggilan kali ni buat aku hampir nak percaya yang call tu management tempat kediaman. Hebat betul dorang.
Apa pun, kalau nak tahu selebihnya macam mana aku menjerit dan menjawab, korang kenalah dengar di Radio Era ye. Tahniah buat Adi Fashla dan Zahid yang berjaya kenakan aku kali ni. Memang korang pakar betul nasib aku tak menangis jek tadi. Benda lain takpe lagi tapi kucing memang kelemahan aku. Dalam kepala habislaaa kalau tak boleh bela kucing. Dah jauh benor fikirnya. Lepas ni aku taknak gelak dah bila dengar dorang kena macam ni. Tak pasal terkena kat batang hidung sendiri. Hikhik.
Radio Era sememangnya terbaik! >.<
Credit gambar : Rotikaya





{ 18 comments… read them below or add one }
lawak la. . .alalala. .cian. .
wahh zana pun dh masuk sini.. tq awk. hehee
Pen Merah recently posted..Terkena Prank Adi Fashla dan Zahid di Radio Era
Haha. Terbaiklah xD
Nabila Medan recently posted..Semarakkan bahang AJL27 di Melaka, 23 Disember ini!
hahahaha.. nak kena dengar ni.hehehehe
boni kacak recently posted..Karnival Kelab Perodua Malaysia 2012
dh keluar kt radio lum? bile kuarnyer? i pn slalu dgr prank call ni time driving…mmg boleh hilangkan ngantuk…
Alooooo sian kat akak..
Nurul recently posted..iPhone 5 gadget impian
Woooo,retis lah kak pen . Hihihi
Wahhh terbaekk!! Hehe.. Kelakar la ahahha pandai la diorg kena kan ahha
hahaha. kesiannye penmerah… tapi cam best je dengar.

zety garfield recently posted..My 23rd.
hehehe..sabar yaa kak anne

syaifuddin alias recently posted..Panduan Belanjawan Kendiri
mmm bila radio era siarkan lg yer. nak kena dgr ni
sohoque recently posted..Hati-hati Guna Plug Eletrik Di Restoren Mamak
mesti best dapat dgr tu nanti..hehe..
Mama Hanim recently posted..Kes India Tetak Melayu Di Sg Petani Terkini
haha…cam bes je..nk dgar gak..
confdeb recently posted..Samsung Galaxy Grand yang baru
Singgah mlm hari nak cuti krismas ni nak bagi tahu dah joint contest anjuran kamu di Syaifuddin Alias thanks…
Mahamahu recently posted..iPhone atau Android Buat Pilihan Bijak
hahaha lawak + kesian jgk
Aku Penghibur recently posted..Menghina Nabi Dan Agama Islam.. Adlin Si Murtad Mempersendakan Islam Melalui Statusnya
bkn selalu sgt…hahaha
keluar radio pulak…
Mr Froogy recently posted..The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2 (2012) TS 450mb
Kah3….mase kak Anne post dkt twitter aritu dah tergelak besar dah…tp masih belum berkesempatan nak dengar prank tu di era.tgh mencari2 kot ade dkt utube ke or era.fm rakaman ke..len kali nak rakam klu terdengar di radio era..kih3..lalalala