Tips Menghilangkan Perasaan Dengki

by Pen Merah on July 7, 2012

in TIps dan Petua

Salam..

Woaahhh kali ni bukan tips sihat dan bukan jugak aktiviti aku di masa lapang tapi tips untuk hilangkan rasa dengki. Haaa sebut pasal dengki aku rasa perasaan tu memang ada dalam setiap diri semua orang. Aku pun sama. Wawawaaaaaa. Cumanya macam mana kita mengatasi perasaan dengki samada nak ke arah kebaikan atau keburukan?

jgn%2Bhasad%2Bdengki Tips Menghilangkan Perasaan Dengki

Setiap manusia ni ada kelebihan dan kekurangan tapi kadangkala kelebihan yang kita ada ni boleh menyebabkan orang berdengki dengan kita. Selalu tak dengar ”aku tak dengki,cemburu jek”? Tapi dari sekecil perasaan cemburu tu laa wujudnya rasa dengki ye dak? Jom tengok tips nak hilangkan rasa dengki dalam diri biar sentiasa positif.

Ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Kata lah kan orang tu baru melangsungkan perkahwinan. Kita belum lagi. Tengok pula suami dia dahlah hensem kaya pulak tuh. Siapa tak jeles? Jadi eloklah kita ucapkan tahniah dan bersalam dengan dia mana tahu kot – kot kita pun dapat tempias sama? hikhik
dengki Tips Menghilangkan Perasaan Dengki
Puji kebaikannya terutama di belakangnya.
Bila kawan kita naik pangkat dan dinaikkan gaji, kita mesti akan terasa. Tambah pulak kita ni kais pagi makan petang mesti sedih jek rasa. Seeloknya janganlah kita dengki dengan rezeki kawan kitatu. Bila kita bercerita tentang dia, seeloknya memuji dia kerana mungkin dia layak menerima anugerah itu kerana usahanya sendiri. Daripada sini, kita patut memperbaiki diri kita. Mungkin hari esok, rezeki kita pulak haa mana tahu ye dak?
sangka buruk 3 1024x423 Tips Menghilangkan Perasaan Dengki
Tutup kelemahan dan kesalahannya
Walaupun dia ada buat salah kepada kita atau orang lain, janganlah sebab perasaan dengki yang menebal, kita berkata buruk pasal dia pulak. Memang akan timbul rasa tak puas hati, bila dia dapat apa yang kita takde, lagi-lagi bila dia dapat benda tersebut dengan cara yang salah atau tidak baik. Tapi siapa kita untuk menilai dia? Dia hanya manusia yang tak terlepas daripada kesalahan.
jealous Tips Menghilangkan Perasaan Dengki
Hormati dan sayangi orang-orang di sekelilingnya seperti ibu bapanya, ahli keluarganya dan anak-anaknya.
Kadang-kadang perasaan dengki itu lahir sebab kurangnya perasaan kasih sayang kita sebagai manusia. Kalau kita benci dan dengki kepada orang  kadang-kadang kita patut melihat orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mungkin mereka ada buat baik kepada kita. Jadi kita cuba hilangkan perasaan dengki itu sambil mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang sekelilingnya supaya perasaan hasad dengki itu tertutup kembali. Insya-Allah.

 

P/s: Kalau ada rasa dengki, cubalah tunjukkan yang kita lebih baik dengan berusaha lebih kuat. Jangan pulak kita berdengki dengan menjatuhkan sesama sendiri. =p

{ 2 comments… read them below or add one }

ohcikgu July 7, 2012 at 10:51 am

ada juga orang yang dengki-dengki ni rupanya..
ohcikgu recently posted..(Video) The Making – SINAR INI oleh Maya Karin dan Yasin.My Profile

Reply

nabila July 7, 2012 at 10:52 am

waa…sgt suke entry ni..bermanfaat.time kasih cik pen merah=)=)=)
nabila recently posted..congratulations kak farhana(kak long) n gee=)=)My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!