0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Bila sebut tentang Jepun, ia sinonim dengan gelaran Negara Matahari Terbit. Jepun merupakan pulau yang terletak bersebelahan Korea Selatan dan merupakan salah sebuah negara yang terkenal akan budaya sopan santunnya. Jepun sejak kebelakangan ini menjadi destinasi popular rakyat Malaysia yang ingin melancong ke sana kerana terdapat banyak tempat menarik.

Bentuk geografi negara Jepun sangat panjang sehinggakan pada satu-satu masa boleh terdapat 2 musim serentak. Seperti pada bulan Mac, di Utara Jepun masih lagi tebal diselaputi Salji manakala pada masa yang sama di Selatan Jepun bunga sudah mula berputik menandakan kedatangan musim bunga.

Ada 5 tempat menarik di Jepun yang wajib anda kunjungi berdasarkan pengalaman admin sendiri ke sana.

1 . Mount Fuji

Mount Fuji

 

Mount Fuji terletak di wilayah Shizuoka dan merupakan gunung tertinggi di Jepun. Puncaknya yang sentiasa diselaputi salji (kecuali musim panas) membuatkan pemandangan gunung ini sangat cantik dan menjadi tarikan ramai. Mount Fuji adalah ikon bagi negara Jepun.

2. OKUNOSHIMA ISLAND

Credit : Medium.com

Credit : Medium.com

Pulau yang terletak di Wilayah Hiroshima ini mula mendapat perhatian apabila pulau kucing menjadi viral di media sosial. Ia menjadi tumpuan kerana terdapat kira-kira 500 ekor arnab yang sangat comel akan mengerumuni anda setibanya anda di jeti. Di fahamkan tidak ramai penduduk yang tinggal disini dan juga terdapat sebuah kilang pemproses bahan kimia yang pernah menjadi isu global suatu masa dulu.

3. AOSHIMA ISLAND

Credit : Theatlantic.com

Credit : Theatlantic.com

Aoshima Island atau dikenali sebagai Pulau Kucing terletak di wilayah Ehime mula terkenal di kalangan pelancong asing beberapa tahun lalu apabila video seorang wartawan yang melawati pulau tersebut mendapat jutaan paparan di media sosial. Pulau ini dihuni ratusan ekor kucing dan jumlahnya kini tidak dapat dipastikan. Untuk ke sini, anda perlu menaiki tren dan feri, lapangan terbang antarabangsa terdekat ialah Osaka Kansai.

4. TATEYAMA ALPINE KUROBE ROUTE

Credit : Amusing Planet

Credit : Amusing Planet

Laluan kenderaan yang terletak di Tateyama ini sangat unik kerana ia seolah-olah kita sedang berjalan di bawah timbunan salji tebal. Oleh kerana ia berdekatan kawasan pergunungan dan faktor salji tebal, ia dibuka pada penghujung musim sejuk.

5. JIGOKUDANI MONKEY PARK

Credit : jikogudani-co.jp

Credit : jikogudani-co.jp

Apabila melangkah ke kolam air panas, melihat manusia sedang berendam memanaskan badan itu perkara biasa. Tapi bagaimana pula dengan monyet? Suasana ini anda boleh lihat apabila berkunjung pada musim sejuk ke Kogudani Monkey Park yang terletak di wilayah Nagano. Oleh kerana suasana yang terlalu sejuk, monyet pun tak tahan!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });