0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Asian On Air Program l Korea Day 1

Salam..

AnyoHaseyo!! haaa  feeling korea pulak dah. Mentang- mentang update kat Korea kan sesekali amek mood untuk menulis dalam blog ni. Baidewey, hari ni dah masuk hari kedua sebenarnya aku berada di Korea setelah menang kontes Asian On Air Program yang mana 2 peserta dari Malaysia dipilih untuk menjelajah Korea oleh Korea Tourism Organization. Alhamdulillah, rezeki terpijak untuk tahun 2013.

Actually, aku tak tahu pun nak ke sana kena naik Korean Air sebabnya selama ni pergi dengan flight dalam negara jek. Cuak jugak lepas tahu kena naik Airline ni. Yelah, Ingatkan dorang bagi tiket MAS atau AIRASIA tapi rupanya memang dah ada flight untuk ke KOREA. Google punya google perghh KOREAN AIR ini antara 10 yang terbaik di dunia. Tsersengih lebar jugaklah dibuatnya. Dalam kepala aku ni dah berangan macam – macam. ;’)

kraaaa

Apa pandangan korang bila nampak benda alah ni? Siap ada video untuk korang layan movie berjam-jam, ada audio yang semestinya lagu korea & english tapi aku duduk layan lagu T-Ara sampai laa touch down Korea. Nak layan games memang tak berapa minat tapi sedar tak sedar, sekejap jek dah sampai. Punya selesa seat dia tak rasa pun bergegar masa landing. Phewwww rasa tak sabar nak naik lagi.

inha

Sampai kat Incheon Airport, kitaorang makan kejap lepas tu terus menuju ke INHA (International Medical Centre). Sebelum datang sini, kitaorang diberi pilihan pakej yang berminat jadi awal-awal aku dah isi nak amek SPA. Penat duduk dalam flight mesti nak restkan badan ye dak? INHA merupakan tempat untuk korang dapatkan rawatan muka, lipo, pergigian, rawatan tradisional dan jugak medical check up yang mana semua dalam satu bumbung. Tak perlu nak cari hospital berlainan, nak kena isi form banyak kali tapi dengan INHA, semuanya sempurna untuk korang.

253 Yonghyeon-dong  Nam-gu, Incheon, South Korea
+82 32-860-7114

Perjalanan seterusnya menuju ke KIMPO

Kali ni, kitaorang diberi kesempatan untuk meneroka di dalam bangunan Korean Air. Apa yang aku tahu, bangunan Korean Air ni tak semua orang boleh masuk melainkan untuk tujuan rasmi. Semakin eksited laa jadinya bila kitaorang tahu dapat masuk untuk tengok flight dengan lebih dekat plusss boleh melawat kawasan kat sana.

Korean Air Training Center ni merupakan tempat crew diaorang dilatih dan paling best dapat merasa latihan kebakaran dalam kapal terbang. Masa aku kat training ni tak banyak gambar yang ada sebabnya lutut aku macam dah teruk. Nak berjalan tak boleh nak jejak lantai sangat jadi aku banyak habiskan masa duduk dan dengar penerangan jek.

Dah habis tengok Cabin Crew Training, tourist guide kitaorang bawak ke MyongDong iaitu tempat shopping dan jugak untuk dinner kitaorang. Masa nak dinner, aku memang sangat-sangat terharu dengan Helen/tourist guide yang bersusah payah cari tempat halal untuk makan.

MyongDong ni ada shopping Mall dan jugak makanan kat tepi jalan macam petaling street tapi kat sini lagi best sebab berasak-asak pun takde nak berpeluh bagai. ;’)

telur

Tepung yang disalut dengan tepung berharga 1000 won jek. Mula-mula aku amek sebiji sekali makan perghh sedap! Beli lagi sebiji takut kempunan lagi. Memang sedap sangat!

topi

Masa sampai kat sini, rasa menyesal pun ada. Aku beli baju tebal tu kat Uniqlo bapak mahal sekali kat sini baru dalam Rm100++. Murah gila kan? Sabar jekla dah beli pun kan terpaksa redha. haha!

Semalam, aku cuma sempat shopping kat forever 21 jek sebab kekangan masa tambah pulak banyak masa dah habis masa jalan-jalan kat area tepi shopping mall. Buat aku paling geram bila tengok harga kat sini. Masuk forever 21, perghhhhhhh seluar baru dalam Rm20++, kasut pun lebih kurang jek harga dia tapi design dia lagi up to date.

Nak menangis kat dalam tu haa kalau boleh nak duduk lelama tapi apakan daya masa tak banyak. Capai jek apa yang mampu daripada balik dengan tangan kosong. Kaki sakit dah tak hengat dah yang penting shopping. ;’)

Dinner semalam kat Restoran Saffron, kedai makanan arab yang HALAL. Actually, aku sepatutnya duduk dalam group beauty dan K-Pop tapi aku mintak tukar sebabnya datang sini nak tengok tempat menarik. Bab mekap-mekap ni lemah semangat betul jadi aku masuk group kedua untuk merantau keluar dari Seoul. Lain kali kalau ada rezeki, boleh lagi mekap-mekap kat Seoul tapi nak amek pengalaman tengok tempat menarik tu entah bila kan.

 

 

P/s: Hari ni dah mula rasa seronok dengan tempat-tempat menarik. Datang musim luruh ni warna daun-daun pun dah mula bertukar warna. ;’)

 

 

Credit picture : Taken by sony Nex-3n

[nggallery id=31]

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas