0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

DSC00053

Muka eksited waktu baru sampai kat kota keriangan Hong Kong Disneyland Resort.

DSC00060

Berjalan masuk ke taman tema dengan rasa berdebar – debar. Entah macam mana rupa taman tema yang menjadi sebutan ramai.

DSC00076

Masa aku sampai kat sini, macam tak ramai sangat orang kat kawasan luar Disneyland resot. Dalam hati pelik jugak sebab sepatutnya ramai orang tapi ahhh layan.

DSC00485

Sebelum masuk, salah satu pemandanganyang menarik perhatian tuh haaa air pancut bertemakan Mickey dan Donalds Duck. Ada 7 Taman di Hong Kong Disneyland iaitu, Main Street, USA, Adventureland, Fantasyland, Tomorrowland Toy Story Land, Grizzly Gulch dan Mystic Point.

Disneyland Resort ini menawarkan 7 land yang korang boleh pilih untuk playaround yang menawarkan banyak permainan menarik untuk kanak-kanak sehingga dewasa.

DSC00085

Tiket untuk masuk ker Disneyland Park berharga Rm250 seorang dan aku dapat 2 days entrance ticket to Disneyland Park. Kalau pasal tiket ni, korang boleh beli kat lobi hotel ataupun secara online jek kat website Hong Kong Disneyland.

DSC00498

Welcome to Hong Kong Disneyland Park!!

DSC00082

DSC00089

Main Entrance Disneyland Park

DSC00505

Salah satu kelainan yang paling ketara adalah baby stroller. Mulanya aku pelik mana datangnya banyak gila baby stroller tapi bila tengok parking stroller dan signboard haa baru aku faham rupanya ada tempat untuk korang sewa kereta tolak untuk baby. Yela, datang sini mesti dengan family semestinya baby stroller ini satu kemestian senang nak bergerak ye dak.

Ekceli hari pertama aku tak sempat nak enjoy view sangat sebab berkejar sana sini dan benda pertama yang sempat aku snap gambar nih haaa Main Street USA. Tempat paling femes dan bangunan terawal yang korang akan masuk kat Disneyland Park.

DSC00095

Masa aku sampai tu, bergegas jugak sebab nak kejar Flights of Fantasy Parade yang merupakan acara pilihan yang mesti kena tengok sebab ada pelbagai Disney karektor. Malangnya aku tak sempat nak snap banyak gambar bizi shoot video. Tangan ada dua jek jadi aku pilih untuk video.

DSC00526

Sesambil isi form untuk dapatkan freegift dari Disneyland park untuk jawab survey dorang. Kalau datang sini, tak perlu risau kalau tak pandai cakap mandarin sebab hamper semua boleh speaking. Duduk sebulan sini mesti balik nanti cair jek speaking London I’olls. Hahahaaa

Ini antara gambar yang sempat snap masa pertunjukan Flights of Fantasy Parade jadi sempatlah jugak berinstagram masa kat sana. Ada banyak karektor Disney tapi paling suka tengok Cinderella dan Snow White. Cantik sangat!

DSC00104

DSC00112

Flights of Fantasy Parade ini antaranya adalah pertunjukan kereta berhias yang dihiasi dengan karektor Disney pilihan ramai. Aku tak lama kat sini sebab berkejar untuk pertunjukan The Golden Mickeys.

DSC00119

Waktu persembahan dorang berbeza setiap hari, tengoklah schedulenya di sini  “http://park.hongkongdisneyland.com/hkdl/en_US/tools/calendar/dailyCalendar?name=CalendarDetailPage”]. Jadi kalau korang nak tengok, set date awal-awal dan pastikan duduk depan baru syok! Best wooo musical macam ni.

DSC00197

Dah habis tengok The Golden Mickeys tadi terus pergi its a small world di Fantasyland. Kat dalam tu ada jugak The Many Adventures of Winnie the Pooh kira macam mengembara dalam dunia Winnie the Pooh.

DSC00160

DSC00193

DSC00202

Lepas Habis Winnie the Pooh punya playtime, Fiona ajak aku pergi tempat ekstrem sikit. Yela, aku dah besor nak main games bebudak tak mencabar sangat jadi kitaorang terus bergerak ker Toy Story Land., satu daripada Asia’s exclusive park.

DSC00214

Kat sini ada banyak jugak rides yang mencabar antaranya tuh haa RC Racer. Games ini antara yang mencabar kerana kereta yang kita naik tu akan bergerak ke kiri dan kanan dengan laju. Menjerit memang dah sinonim. Haha!

Antara games yang ada Ada “Slinky Dog Spin”, “RC Racer” (Andy’s speediest toy car-to get your adrenaline pumping), “Toy Soldier Parachute Drop”, “Barrel of Fun” and yes aku ada jugak naik Slinky Dog Spin. Kelakar dan seronok woo!

Permainan pertama masa aku sampai kat Toy Story Land ni haa Slinky Dog Spin. Kiranya korang naik lepas tu pusing macam roller coaster tapi yang ini versi tak laju. Kalau korang jenis penakut naik roller coaster boleh la try Slinky Dog Spin ni. =p

DSC00238

Lepas bergelak ketawa naik Slinky Dog Spin, aku terus pergi naik yang cendawan terbang ke atas nih haa Toy Soldier Parachute Drop. Kalau korang tengok, Parachute Drop ini ibaratkan askar yang buat penerjunan tapi kali ni kita berpeluang rasa dengan duduk atas tempat duduk khas dan dibawa ke atas kemudiannya diturunkan ke bawah dengan laju. Memang best!

Memula tu macam neves jugak tapi tengok budak kecik rilek sambil tersengih lagik. Takkan aku pun nak takot?

DSC00232

Zooooooooommmm ke atas! Bila turn nak turun ke bawah, jantung aku macam zuuuuuuuuuuuppppp disentap sebab terkejut! Hahahahaa. Giler best!

DSC00246

Mystic Point yang femes di Hong Kong. Disneyland adalah teman yang baru dibuka pada May 2013 dan adalah satu daripada dunia’s exclusive teman tema.

DSC00254

DSC00293

Sementara berlegar di Mystic Manor, sempat bermain di Garden of Wonders.

 Kalau snap luar dari kawasan bulatan tu, korang akan nampak kat depan tu dinding ada belahan kan. Tapi lepas letakkan kamera kat celah antara lubang tengah tu, hasilnya.

DSC00298

Nampak dinding tu melekatkan? Ohsem!

DSC00299

Mystic Point

DSC00302

Ini pulak lukisan 3D. Hebatkan?

Mystic Manor pada waktu malam nampak sangat cantik. Berdiri megah dengan lampu kebiruan. Time ni mata aku memang tak berkelip pandang jek Mystic Manor lama-lama. Menghayati sepenuh hati nanti dah payah nak tengok depan mata.

Mysctic Manor waktu siang dari depan. Tersergam indah!

Dari tengahari sampai ke malam, akhirnya aku sempat jugak berhenti makan sebelum get ready untuk tengok pertunjukan bunga api.

Restaurant Halal di Mystic Point ni ada pelbagai menu yang boleh dipilih tapi aku lebih suka daging jadi amek hidangan nasi dengan daging jekla.

Penuh pinggang tapi aku tak mampu nak habiskan sebab badan terlalu penat. Tapi kalau datang sini, memang patut singgah bagi korang yang suka menu berat macam nasi putih.

Actually masa sampai tu apa yang terlintas dalam kepala bila nampak bangunan ni adalah suasana dalam wayang sebelum tengok filem dari Disney.

 Mesti korang tak perasankan sebelum filem dari Disney keluar mesti Sleeping Beauty Castle ini akan muncul dengan percikan bunga api akan keluar dari atas castle tu. Lama jugak aku fikir betul ker ini rupanya tapi yeahhhhhhhhhhhhhhh inilah dia Sleeping Beauty Castle yang selalu nampak dalam tv. Haha!

Selama sejam berdiri tengok percikan bunga api, aku terus melangkah balik ke hotel. Dataran dekat Sleeping Beauty Castle boleh dikatakan memang penuh dengan pelancong dan agak sukar nak duduk tapi paling best sebab boleh tengok dari dekat. Pengalaman yang cukup berharga untuk hari pertama aku di Disneyland Hong Kong.

Picture taken by : Sony Nex-3n

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });