0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Tempat pertama yang kami singgah selepas sampai di tanah Langkawi adalah Oriental Village iaitu tempat untuk naik cable car. Sebelum ni aku pernah naik Cable Car kat Bukit Bendera tapi kali ni dapat merasa lagi sekali kat Langkawi. Nak tahu best ker tidak, jom baca sampai habis. 

Base station Cable Car ni kat Gunung Machincang dan nak beratur tu boleh tahan lama jugak. Jadi, kalau datang Langkawi, tak singgah sini tersangatlah akan menyesal nanti. =p

Selain Cable Car, tempat ni jugak menyediakan taman haiwan, Spa terapi dan jugak food court. Tapi apa yang lainnya Cable Car kat Bukit Bendera dan kat Langkawi sebabnya kat sini tempat lebih lapang dan banyak tempat untuk rekreasi. Pemandangan pun cantik.

Tengok station nak naik ni baru aku teringat kali ni sebenarnya dah masuk kali ketiga naik cable car. Selain kat Bukit Bendera, aku pernah naik kat Genting Highland. Tapi perasaan naik tu mesti berbeza.

Cable car ni akan berhenti di middle station dan kita boleh berjalan di platform untuk bergambar dan menikmati keindahan panorama sekitar Langkawi dari atas. Jarak dari base station ke middle station ialah 1700 meter dan ketinggian pulak ialah 650meter dari aras laut. Perghhhhhhhhhhhh lemah semangat.

Suasana cantik ni korang boleh nampak apabila sampai di Top Station. SubhanaAllah. Cantikkan pemandangan kat sini. Rasa tenang jek. =p

Dari sini, kita boleh nampak dengan jelas 360 darjah pemandangan Pulau Langkawi dan Selatan Thailand dan jugak boleh nampak puncak terpencil, pulau, dan sesetengah gua. Dah puas bergambar, kitaorang terus turun ker bawah. Kebetulan hari kitaorang sampai, kat Top Station tengah maintenance jadi tak dapat nak hayati sepenuhnya pemandangan kat atas ni tapi dalam banyak Cable Car, kat Langkawi paling mencabar sebab laju dan tingggggggggggiiiiiiiiiiiiiiii.

Dah puas naik Cable Car, kitaorang singgah kejap di Petronas Quay untuk menikmati pemandangan Marina dari stesen Petronas. Baidewey, Telaga Harbour Park ini terletak di Pantai Kok yang merupakan tempat parking untuk private yatch.

Seawal pagi hari berlapar di Klia sementara menunggu penerbangan ke Langkawi akhirnya dalam pukul 3 baru kitaorang sempat makan tengahari merangkumi pagi. Perut punya berdondang sayang. Tempat dituju adalah kedai Laksa Kaw Ikan Sekoq. Dapat pulak makan kat tepi pantai dengan angin bersepoi – sepoi. Nyamannya rasa.

Lebih selesa dapat pulak minum air kelapa muda. Hilang haus anak tekak berjam-jam berjemur kat Langkawi. Nasiblaaa kulit dah gelap takdelaaaaa ketara sangat hitamnya. hahahahaha.

Laksa Kaw Ikan Sekoq. Kuah dia memang pekat yang amat plus ikan sekoq tu rasa dia freshhhhh. Terbaik!

Sesi baru nak beramah mesra sesama sendiri. Hari pertama malu-malu lagi walaupun cipot dah mula tunjuk taring. Mesti Cipot kebulur tahap gaban seharian tak makan minum. Dari sudut tepi, kelihatan Cikepal sedang tersenyum ayu dibelakang. Kalau korang terasa nak makan Laksa Ikan Sekoq, bolehlah singgah di Laksa Corner (Pantai Cenang), Langkawi, Kedah Darul Aman 07000.

Lokasi Cable Car:

Jalan Telaga Tujuh, Teluk Burau, Pantai Kok, 07000 Langkawi
Tel: 604-959 4255/1225
Fax: 604-959 1121
Email: info@panoramalangkawi.com
Website: www.panoramalangkawi.com
 
Open daily: 
Monday-Thursday: 10.00am – 7.00pm
Wednesday: 12.00pm – 7.00pm
Friday-Sunday, Public and School Holiday: 9.30am – 7.00pm (last trip down at 8.00pm)

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });