0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Dinner di Ana Ikan Bakar Petai l Kembara Media Fotografi Cherating

Salam..

Semalam selepas memenatkan diri di Santuari Gajah Kuala Gandah, kitaorang terus menuju ke Tanjung Lumpur, Kuantan untuk menikmati dinner di Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Kalau sebut Tanjung Lumpur, aku rasa ramai dah tahu tempat yang femes dengan Ikan Bakar yang sedap.

Specialnya restoran Ana Ikan Bakar sebab menawarkan ikan yang fresh dan korang boleh tengok sendiri dengan live cara dorang menyediakan hidangan.

Dari ikan segar sehingga menjadi ikan bakar. Haa semua step boleh korang belajar ye kalau nak memasak. Heeee

First time jugak aku tengok ikan bakar dibakar secara tertutup dengan daun pisang. Biasa time bakar tu cuma lapik dengan daun pisang tapi mungkin ini rahsia ikan bakar kat sini lebih sedap.

Sebelum dibakar, petai dan bawang ditaruk terlebih dahulu

Selain ikan bakar, ada jugak Lala tapi malangnya aku bukanlah penggemar seafood. Heeeee

Kerabu Mangga

Sup Tomyam

Sotong Celup Tepung

Hidangan bersama media bertemakan tepi pantai. Memang menyelerakan.

W Abang sham

Bergambar beramai – ramai sebelum balik ke hotel. Woooo yang peace tu antara Vip yang bersama – sama merasai kenikmatan menu di Restoran Ana Ikan Bakar Petai.

 

 

 

P/s: Baru aku perasan kali ni punya menu takde ketam woooooo. Huuuuuuu..

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas