0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Hari Kedua di Disneyland Hong Kong.

Aku breakfast di restoran Enchanted Garden kat Hong Kong Disneyland Hotel kiranya nak ke sana, kena naik shuttle bas.

Hari kedua di Disneyland dan aku breakfast di Restoran Enchanted Garden di Hotel Hong Kong Disneyland. Nak pergi ke hotel ini, korang kena naik shuttle bas. Enchanted Restoran ni kiranya macam restoran Mickey Mouse sebab makanan dia mesti ada gambar Mickey Mouse dan kawan-kawan. Cute kan?

Apabila korang menuju ke Restoran Enchanted Garden ni, korang akan perasan lukisan di dinding  yang sangat besar. Selesai jek makan, aku terus pergi ke Disneyland Resort untuk habiskan masa untuk main semua permainan yang ada.

Baidewey untuk hari kedua di Disneyland Hong Kong ini lagi menyeronokkan sebenarnya sebab hari kedua kitaorang kena pandai survive maksudnya dorang kasi senarai tempat untuk bermain dan jugak restoran yang kitaorang kena pergi makan tanpa bertemankan sesiapa. Dengan tengok signboard kiri kanan plus peta kat tangan, aku sempat pilih beberapa tempat yang menarik untuk main sampai lebam.

Tempat pertama aku pergi adalah Tomorrow Land. Ada macam – macam games woooo. Tomorrow Land ni lebih kurang macam Sci Fiction versus kombinasi Fantasi.

Monumen yang kelihatan macam UFO ni sebenarnya ORBITRON yang sebenarnya merupakan roller coaster. Pada mulanya aku ingatkan cuma monumen tapi rupanya permainan. Hoho!

Muka eksited naik Orbitron

Ikutkan hati nak main dua kali punya seronok kan tapi masa terhad terpaksa main sekali. Rugi woo kalau tak main games sini tapi banyak yang menyeronokkan. Orbitron ni berpusing perlahan – lahan sampaikan aku rasa sekejapnya masa. Punya seronok!

Masa mula-mula tengok Starliner ni, aku ingatkan permainan tapi rupanya tempat untuk makan. haha! Design dia sangat canggih sampaikan korang boleh perasan ada label Diner. Walaupun dah baca perkataan Diner tu tapi mengambil masa yang lama untuk aku percaya rupanya Starliner ni tempat makan.

Buzz Lightyear Astro Blasters ni aku tak sempat masuk kat dalam sebab waktu dah nak malam. Permainan Buzz Lightyear ni memberi pengalaman korang bersama Buzz Lightyear seperti lasertag yang mana korang kena shot target dengan pistol laser.

Autopia ini merupakan tempat untuk korang ambil feel alaa racing car tapi bezanya cuma tak boleh bawak laju plus kena beratur lama sikit. Aku nih bab beratur panjang memang kemalasan tahap gaban.

Kalau korang pernah tanam impian nak jadi angkasa ha boleh main Space Mountain. Korang masuk dan main kompem rasa macam naik ke angkasa dengan hati yang berdebar-debar.

Kalau korang pernah teringin nak naik ke angkasa, The Space Mountain ini merupakan permainan yang korang patut main. Bila korang ada kat sini dan dah nak naik terasa macam nak naik betul – betul ke angkasa dengan hati yang berdebar-debar.

Space Mountain merupakan salah satu permainan mencabar selain Rc Racer. Penat menjerit sepanjang dalam ni.

Stitch Encounter ini antara games yang unik yang mana korang berpeluang tengok movie yang mana rancangan ini akan memberi jawapan berdasarkan respon pengunjung.

Mickey’s Philhar Magic” ni merupakan rancangan dalam versi 4D dibintangi oleh Donald Duck. Kenapa 4D? Haaa mesti korang terfikir entah macam mana kan sebab biasanya kita Cuma tengok 3D. 4D ini kita kena memakai spek 3D dan bestnya gambar tu akan keluar betul – betul dari spek mata yang korang pakai plus siap boleh ada bau! Philhar Magic antara movie paling best pernah aku tengok! Korang patut datang tengok tau!

Lepas habiskan masa kat Tomorrow Land, aku singgah pulak kat Grizzly Gulch satu daripada taman tema yang exclusive di dunia. Apa yang menariknya adalah Big Grizzly Runaway Mine Cars. Dalam banyak games, yang ini memang paling ekstrem!

Selepas habis kat Tomorrow Land, aku berhenti kat Grizzly Gulch. Apa yang best kat sini sebabnya ada Big Grizzly Runaway Mine Cars. Psst.. Grizzly Gulch ni World Exclusive tau! 

Ini merupakan tempat laluan pejalan kaki menuju ke Big Grizzly Runaway Mine Cars yang mana bangunan dia bangunan dia ala – ala bandar cowboy.

Unik dan siap ada bangunan untuk korang main tembak – tembak air. Tapi fokus aku lebih kepada roller coaster. Haha!

Orang kata roller coaster kat sini boleh buat dada dup dap dup dap dengan rasa tak sabarnya aku dah tak pandang tempat lain. Kaki laju jek menuju tempat mine cable car.

Sempat laa jugak bertegur sapa dalam hati dengan Chip Munk nih haaa. Ikutkan hati nak bergambar tapi apakan daya hati aku lagi eksited nak main di Big Grizzly Roller Coaster ( Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars ).

Memula tu aku nampak macam tak seram pun sebab jalan dia macam lurus jek tapi masuk jek dalam sekali dia buat pusingan perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh jantung aku terus nak jatuh ke bawah.

Memula aku tengok permainan ni, nampak macam takdela menakutkan sangat sebab nampak meluncur dalam landasan lurus jek. Belum sempat aku tarik nafas tetibe jek roller coaster nih mengundur ke belakang. Tanpa segan silu terus aku melalak ‘arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh takotttttttttttttttt’ nak balikkkkkkkkkkkkk taknak main dahh’’. Dah habis main, tersengih-sengih partner sebelah aku. Ciskek sungguh!

 

Selain korang main Cable Car, kat Adventure land ni jugak ada Jungle River Cruise. Kat sini, korang boleh tengok pertunjukan haiwan secara dekat dan mencabar.

Untuk tengok aktiviti haiwan ni, korang akan menaiki bot yang mana akan diiringi oleh 3 pemandu pelancong dalam bot berlainan dengan 3 bahasa mengikut bot masing – masing.

Cantikkan? Inilah dia Tarzan Tree House.

Dah habis main the Grizzly Gulch Roller Coaster (Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars), aku terus pergi ker corner café untuk kenyangkan perut. Sebelum tu aku dah makan dulu kat Star Diner tapi tengah syok makan dapat tahu pulak yang makanan kat corner café sangat best. Kawan- kawan siap makan lobster lagi hah punya taknak lepaskan peluang, makanan aku order tadi tak habiskan pun. Hah tak sampai 10 minit, dah menapak kat restoran nih siap order lobster jugak. Tak menahan betoi. Hahahaha.

Ikutkan aku tak pernah makan lobster dan tak suka pon. Sebarang makanan macam udang, aku memang tak makan tapi entah macam mana tengok hidangan lobster sini macam menarik selamba pulak tekak aku telan sampai habis.

 

Partner crime yang tumpang sekaki gemukkan badan. Actually aku sepatutnya makan kat sini waktu tengahari tapi memandangkan terleka sangat pergi Tomorrow Land, aku singgah kat sini hamper pukul 7 petang. Restoran paling best sebab first time merasa lobster yang gedabak besar. Dah habis makan sini, kitaorang singgah semula kat souvenir shop untuk borong cenderahati. Pejam celik hampir 2 jam jugak terleka kat dalam tu.

 

Untuk hari ketiga, kitaorang sarapan pagi kat restoran Chef Mickey sebelum check out pada pukul 11 pagi. Kat sini memang payah sikit nak nampak tanda halal dan kena bijak memilih. Biasanya waktu pagi aku lebih kepada cereal dan susu jek.

 

Dah habis makan, aku terus bergegas ambil shuttle bas ke MTR untuk perjalanan seterusnya  ke ilapangan terbang, Hong Kong. Dalam hati memang berdebar – debar sebab kena pandai bahagikan masa dengan betul dan kalau silap perkiraan memang menangis lah aku tertinggal flight. Sobs

 

Gigih tengok peta tu.

Ikutkan boleh jek naik teksi tapi MTR kat sini tak sama macam Malaysia sebab waktu menunggu cuma 5 minit tapi paling buat aku teruja sebab dalam stesen penuh dengan tema Mickey. Waktu balik agak mencabar sebenarnya sebab bertukar stesen dan harapkan peta selain signboard logo kapal terbang. Pengalaman yang paling manis pernah aku ada.

 

Tapi antara yang menariknya kat airport Hongkong ini, untuk masuk ke tempat boarding tu korang kena bertukar train lagik sekali. Masa tu rasa nak hilang nyawa kejap sebab ingatkan dah sampai airport kiranya dah settle tapi hah kena tukar train lagi. Memang pecut langkah sejuta nak sampai ke tempat berlepas.

 

Alhamdulillah dengan termengah-mengah sampai jugak akhirnya. Dugaan sungguh! 3 hari kat sini memang sangat menyeronokkan tambah pulak dapat tengok tempat baru yang penuh warna warni.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });