0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Kembali lagi dengan trip percutian secara percuma bersama Majalah santai dan Tourism jugak tak lupa  Discover Orient Agensi. Kali ni aku pergi melancong ke Pulau Pangkor. Penuh 1 bas dengan media tapi aku rasa aku ni kecik je blogger jek kan. Terima kasih ye kepada yang menjemput. hikhik

Seawal pukul 6 pagi aku berkejaran ke Matic sampai dalam bas terus aku membuta. Kelemahan aku naik bas mata cepat mengantuk.

Destinasi pertama untuk percutian ke Perak semestinya singgah di Kuala Woh, Taiping Perak untuk melihat dan feel dengan dekat rupa Rajah Brooke yang lagi femes dan popular ni. Kenapa Rajah Brooke? Kat sini korang boleh nampak rama-rama yang banyak dan besar dengan pelbagai warna. Tapi masa aku pergi tu tak banyak pulak mungkin sebab panas sangat?

Rajah Brooke @ Raja segala rama – rama

Tak dapat nak ambil gambar rama – rama, aku berposing sendiri jek. heeeeee

Selain cuci mata tengok rama – rama kat sini boleh jugak bermain dengan air. Tapi bukan air sejuk tau sebabnya kat sini air sungai yang panas. Nama pun kolam air panas semulajadi.

Kolam air panas ni jernih jek tak tercemar memang best datang bercuti bersama family.

Masuk tengahari, perut dah berdondang sayang terus singgah di restoran Nasi Ayam Mama. Woooo terbaik dari dapur kot.

Selain nasi ayam yang best suasana kat restoran Nasi Ayam Mama nampak eksklusif.

Nampakkkk? Korang tengok ayam dia perghhhhhh terus buka selera anak tekak daku. hikhik

Selain nasi ayam ada jugak ikan bawal goreng yang memang perghhhh korang makan sekali mesti nak lagi. huuuuuuu

Tak lengkap hidangan tanpa air ye dak? Penyedap anak tekak aku kali ni air jus tembikai yang fresh dan segar. Bertambah-tambah aku minum.  Segan letak tepi janji tekak diisi. hikhik

Kalau kat kedah nak pergi langkawi kena naik feri kali ni pergi Pulau Pangkor pun sama. Aku ni dahla mabuk ayam tapi nasiblah labu aku dah standby kalau mabuk maybe tido jekla dalam feri. kahkahkah

Amboihhh feeling titanic gitewwww. hikhik

Sejam lebih naik feri akhirnya sampai jugak kat Pulau Pangkor. Dapat jugak jejakkan kaki di bumi Perak yang sebelum ni aku cuma dengar pada nama. Pangkor Island here i come. hukhuk

Sampai jek kat Pulau Pangkor, terus check in kat hotel Pangkor Beach Resort. Haaa kemain taw hijau warna bilik dia. Sejuk mata memandang.

Pemandangan di Pangkor Beach Resort. Cantik kan?

Bestnya percutian ni sebabnya makan minum memang terjaga. Selama 3 bulan aku follow trip majalah santai berat badan dah naik 2-3 kilo tanpa sedar. hikhik. Dinner hari pertama di Pulau Pangkor adalah Daddy Cafe. Kalau tengahari tadi dah kat Restoran Nasi Ayam Mama, malam pulak kena laah cari Daddy ye dak? heeeee

Dinner malam tu memang best makan kat tepi pantai dengan pemandangan yang cantik.

Hidangan dia tu haaa udang goreng malangnya aku tak makan takut jerawat naik. hikhik

Sayur pun best!

Tapi paling sodap tu haaa ikan bakar kalau tak silap aku.

Selain ikan bakar, ada ayam masak kari tapi selera aku dengan kari lain macam sikit. Bukan tak suka cuma kari ni cepat menggemukkan badan. Cerewet tapi kalau gemuk nanti susah nak pakai baju saiz S. Ada kaitan ker? Heeeeeee

First day pergi Pulau Pangkor memang memenatkan tapi yang penting dapat pengalaman tuh yang best sebenarnya. Tapi paling best kalau bercuti bersama family.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });