0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Semalam, aku baru share perjalanan hari pertama kat Korea tapi sebelum tu aku nak kongsi airline yang aku naik masa ke Korea. Actually, selama ni dalam kepala aku kalau pergi mana-mana mesti guna penerbangan Air Asia takpun MAS. Tak pernah terfikir pun ada penerbangan lain. Maklumlah kerja aku menaip blog jek travel pun selalu dengan Air Asia yang bermurah hati menaja ke sana sini. Bila dapat email suruh tengok waktu check in, muka dah berkerut-kerut hati tertanya-tanya ”kat mana nak kena berlepas nanti”. Sedih kan? Itulaaa nasib orang yang tak berapa amek tahu perkembangan semasa. Ishhh! Hantuk kepala kat dinding sekali! ;’)

Ini pemandangan sewaktu dalam Korean Airline. First time dapat naik Airline yang di antara 10 terbaik di dunia. Bukan senang nak merasa melainkan duit korang berkepuk-kepuk tak habis, mesti rasa berbaloi-baloi. Sumpah best!

Apa yang menarik perhatian, uniform pramugari nampak sangat kemas dan elegan. Tambah pulak, servis dorang memang tip top! Panggil banyak kali pun mesti senyum jek dorang. Masa duduk atas seat pun memang dah rasa selesa, belakang pun takde nak lenguh hape walaupun 7 jam kerja aku duduk jek.

Tapi dalam banyak benda, aku paling suka gajet ni haaa monitor 10inc kot. Gila terbaik dari ladang. Masa tengok tu, aku dah teruja tahap gaban! Memula ingatkan video dan lagu mesti versi korea jek. Jenuhlaa nak layan berjam-jam dalam flight tapi..

Content dia up to date weyhhh! Semua movie yang ada latest-latest punya. Bayangkan movie saja ada lebih kurang dekat 20 untuk korang layan, belum lagi masuk bab audio. Kalau boleh semua movie aku nak tengok tapi 7 jam dalam flight rasa macam singkat sangat pulak dah. Masa nak terbang ke Korea punya gelisah duduk fikir apa benda boleh aku buat dalam flight nanti tapi bila dah naik, resah takut masa cepat berlalu.

Ini pulak aku bagi korang tengok audio. Lebih 100 artis dengan album penuh lagi untuk dilayan sampai lebam. Masa tengok lagu Celine Dion, aku dah mula gelisah! Takut tak sempat nak layan lagu lain! Dengan lagu korea yang latest punya, Kelly Clarkson, Justin Timberlake, Katy Perry, Marc Anthony, Westlife, Kylie Minogue, love song yang the best hit lama-lama tu, rasa nak menangis pon ada. haha! Kepanasan takut tak sempat nak layan semua lagu dengan album FULL oke.! Gila gempak! Selalu pergi memana kena bawak mp3 tapi kadang-kadang mp3 pun bukan ada lagu lama tapi dengan Korean Air, kalau boleh nak perjalanan tu lama-lama. Nampak eksited kemainkan?

Benda alah kecik ni remote untuk semua movie, audio, games, tv dan lain- lain. Kat belakang tempat untuk play movie tu ada butang untuk korang main games macam PS3. Amacam? Terbaik kan? Memang patut dapat top top 10 kat dunia sebab pakej yang ada tu lengkap. Dengan servis yang sangat memuaskan hati, makanan sedap, tandas pun bersih plus tempat duduk sangat selesa. Masa landing tu, tak rasa pun bergegar. Pengalaman yang sangat berharga buat aku untuk tahun 2013.

P/s: Kalau korang nak tahu maklumat lanjut, boleh masuk Website Korean Air ye. TQ Korean Air yang sudi bawak aku ke Korea dan bagi aku menikmati kehebatan penerbangan yang cukup buat aku seronok dan berpuas hati. Rating: 10/10

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });