0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Lukisan diperbuat daripada Coffee l Amanda Zulkifli

Salam.

3 minggu lepas, aku berpeluang melawat ke restoran Pelukis Terkenal yang mendapat perhatian dari dalam dan luar negara iaitu Amanda Zulkifli bersempena dengan lawatan blogger Fam Trips untuk Naturally Langkawi. Apa yang membuatkan aku rasa specialnya sebab lukisan Amanda adalah original daripada minuman coffee dan hasilnya sangat superb! 

Lama aku tenung dan hayati karya dari Amanda. SubhanaAllah! Salah satu bakat yang hanya 1 dalam sejuta orang yang mampu memiliki dan anak Malaysia ni mengorak langkah dengan lebih jauh hanya dari minuman coffee. Kagum dan terharu sebab dapat jumpa depan-depan selain tengok karya Amanda dari dekat. =p

Menurut Amanda, Lukisan yang siap mencecah Rm3k++ bergantung kepada masa dan saiz yang diingini. Bukan mudah nak siapkan melainkan hanya dengan kekuatan kesabaran dan motivasi. Salute dengan Amanda!

Untuk siapkan 1 lukisan ni mengambil masa selama 4 hari dan gambar yang dihasilkan dengan coffee ni bergantung kepada jenis coffee yang digunakan. Agak banyak penerangan dari Amanda tentang coffee. Tak sangka kan, dari coffee yang selalu aku minum kat coffee bean boleh buat lukisan.

Gambar – gambar ini aku ambik dari facebook dan jugak blog Amanda yang mana kalau korang tengok sekeping mesti rasa nak tengok lagi hasil lukisan coffee ni. Bagi peminat seni, korang patut singgah kat restoran Amanda baru dapat feel dengan lebih dekat.

Satu-satunya Coffee Painter di Malaysia, Amanda Zulkifli.

Us with Amanda Zukifli. :)

Kalau korang nak singgah kat restoran Amanda ataupun nak tengok dengan lebih detail, boleh amek maklumat yang aku kasi ni ye;

LOKASI;

 No 37,Jalan Persiaran Putra,Pekan Rabu Komplek,Kuah,, 07000 Langkawi
Operating hour: 
Mon – Tue: 1:00 pm – 12:00 am
Thu: 1:00 pm – 12:00 am
Fri: 3:00 pm – 12:00 am
Sat – Sun: 1:00 pm – 12:00 am

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas