0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Hari terakhir aku di Pahang adalah hari yang penuh dengan aktiviti. Maklumlah hari kedua demam aku melarat sampai nak pengsan tapi nasib tak keluar kalau tak entah macam mana la kan. Tempat yang aku pergi semalam melawat tempat pembuatan gasing di Temerloh tapi sebelum tu kitaorang singgah dulu di galeri sekolah yang menyimpan pelbagai jenis gasing dan barang antik.

Haaa ni first time aku tengok gasing depan mata.

Woo gasing kategori kanak – kanak tapi macam untuk dewasa jek

Gasing jenis kayu dan plastik. =p

Awww seterika versi lama bak kata follower aku takde yang lama, takde laa yang baru ye dak?

Loceng aiskrim pun ado

Mesin menaip bukan Suka Menaip ye.. Haaaaa last aku tengok masa aku sekolah rendah dulu tu pun tengok kerani dok menaip surat rasmi. Kahkahkah!

Masa tengok tv antik ni teringat masa kecil dulu punyalaaa hentak berkali – kali nak suruh keluar gambar dengan terang tanpa belang-belang. Kenangan mahal tu.

Meja sekolah ni rasanya sekarang pun masih kekal sama. Haaa mesti masa sekolah dulu Ruby suka meggaru belakang badan. Kantoi. Hahahahaaha.

Lawatan Tempat Pembuatan Gasing

Lepas melawat galeri sekolah, kitaorang dibawa ke tempat membuat gasing.

Gasing yang ada kebanyakannya dibuat daripada kayu.

Antara yang dah siap.

Biasanya kalau mainan tradisional jarang kita nampak orang muda mudi ye dak. Sempat jugak aku tengok mesin membuat gasing.

Selain tengok mesin nak buat gasing ada jugak acara bermain gasing dengan adik – adik sekolah rendah. Wooo semua teror kot. Aku? Haaaa kena laa baca lagi sampai bawah ye. Wuwuwuu

Setiap sorang tunjuk bakat memasing.

Peehhhhhhh siap boleh angkat meyhhhh

Budak ni lagik teror siap letak gasing yang tengah berpusing atas jari. Mampu?

Permainan gasing ni ada jugak yang dikenali sebagai gasing diraja yang mana dimainkan oleh 3 individu

Memandangkan tergoda tengok dorang main gasing, aku pun cuba lah sama tunjuk bakat yang non hado. Nak lilit tali pun kena mintak tolong adik Irham. Kahkahkah!

Kemain taw aku pegang macam pemain gasing handalan padahal…. heeeeeeeee

Hamek kawwww siap sengat lagi gasing tu terbang dah kompem laaaa tak jadik. Wakakakaaaa.

Nampak dorang baing gasing macam senang tapi aku buat tak jadik. Takpe janji aksi mesti lebih. Kahkahkah

Haaaa ni laaa sifu yang ajar aku main gasing tak sampai 5 minit. Hebatkan dia kecik – kecik dah pandai main gasing macam gasing tu ada gam melekat kat lengan dia. Heeeee.

P/s: Punyalaaah seronok main gasing sampai semua orang dah naik bas pun kitaorang boleh lagi melepak terleka sangat main benda alah ni. Aku rasa ni mesti penangan permainan tradisional sekali pegang memang panas orang kata. Korang mesti dah biasa dengar main gasing tapi belum cuba haa korang takkan tahu betapa seronoknyaaa main gasing. Trylaaahhhh ye!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });