0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Melawat Strawberry Farm l Genting Highland

Salam..

Suka strawberry? Aku suka gila dengan strawberry tapi yang ada dekat genting highland dengan cameron highland jekla sebab manis. Kalau setakat kat pasaraya memang malas nak beli. Biasanya masam. Hari terakhir bertolak balik, kitaorang singgah kat strawberry farm, genting highland. Korang tau Genting Highland ada ladang strawberry? Lokasi dia atas sikit pada hotel Seri Malaysia kat Gohtong Raya.

Aku tak tahu sebenarnya walaupun dah banyak kali ke sini. Biasanya nak makan aku beli jek kat area taman tema ingatkan dorang kutip strawberry tu dari cameron highland. Jauh benor imaginasi aku kan? Malas sangat membaca sudahnya aku buat andaian sendiri. Kahkahkah!

Kolam strawberry farm ni benda alah pertama yang aku nampak masa jejakkan kaki kat sini.

Genting Highland Strawberry Park

Tempat dituju semestinya ladang strawberry. Sebelum masuk tu kitaorang kena ambil bakul kecil untuk isi strawberry. Takkan nak letak dalam poket baju ye dak?

Dried strawberry

Strawberry Jam

Satu bakul tu boleh dikongsi dengan 3 orang.

Ladang dia sama jek macam kat Cameron Highland

Banyak gila strawberry sampai aku termenung lama nak pilih yang cantik

Merah jek buah strawberry

Geram nak makan. Tapi kutip dulu lepas bayar baru boleh makan.

Gigihnya mengutip strawberry

Agaknya berapa ringgit harga buah strawberry dalam bakul tu? Lebih kurang 100g jek kot?

Dah siap kutip terus bawak ke dalam kedai untuk timbang. Masa mengutip tu memang tak hengat dunia tapi time nak bayar sendiri mau ingatla ye! Wuwuwuuu.

Dah habis mengutip strawberry, kitaorang melepak dulu sementara menunggu kawan – kawan yang lain

Cik Lily pun beli jugak. Tapi macam sama banyak jek dengan aku punya. Mesti korang takut nak ambik banyak. Kalau korang suka strawberry sekali dengan coklat tu, kat dalam kedai ni takde jual tau. Menyesal jugak rasanya beli kat ladang sebab aku jenis suka makan dengan coklat lagi nikmat rasa dia.

Lepas pergi ladang strawberry, time pusing – pusing nak balik tu baru ternampak ada cafe untuk produk strawberry tak kira dari air sehingga ke biskut. Kat situ jugak ada jual strawberry stick dengan dalam gelas untuk taruk coklat. Time tu aku dahhhh arghhh rugi nya beli kat ladang takde coklat meyhh. Hati berbelah bagi tapi nak coklat punya pasal, aku beli lagi buah strawberry tu takut kempunan pulak balik rumah. Karang tak pasal esok lusa datang lagi semata – mata nak makan strawberry coklat. Mampu? Kahkahkah!

Lepas pergi strawberry farm tu kitaorang singgah jugak kat ladang cendawan tapi aku tak meronda sangat sebab dah penat. Kaki dah lenguh berjalan sana sini.

Malas nak berjalan sudahnya berposing jekla habiskan masa. Apa pun macih pada pihak Genting yang bagi aku explore banyak tempat best selain taman tema. Thanx jugak pada Lin yang banyak bagi info untuk kitaorang. Ekceli aku berterima kasih sangat kat dia sebab time naik genting baru ni, kamera aku jatuh sudahnya aku lari ke toilet meraung sedas dua tapi terlupa bawak phone. Dahla aku jenis malas nak hafal number phone sesapa. Nasib tengahari tu, Lin passing namecard dia. Fuhh lega ada jugak number untuk aku carik.

Time hati dah normal balik, aku carik public phone nak pergi tempat dorang berkumpul tapi penat aku pusing sana sini carik public phone rupanya semua tengah on maintenance. Boleh pulak time emergency nak guna public phone boleh buat hal. Sudahnya aku pergi tempat customer service dan yeahhh berjaya diselamatkan ye! Jumpa jugak korang akhirnya. Kahkahkah!

Bergambar dengan Mira Cikcit. Unik pulak nama budak kecik nih. Sebelah aku tu stranger yang tetiba masuk posing. Wuwuwuu

Sebelum balik, bergambar kenang – kenangan dengan semua. Bila tengok semula gambar ni macam nak reverse balik time tu. Seronoknya dapat spend time dua tiga hari kat genting highland beramai – ramai. Paling aku tak boleh lupa sekali jungle trekking memang mencabar tahap kepenatan yang amat sampai aku rasa nak patah pinggang. Kahkahkah!

P/s: Apa pun, terima kasih tak terhingga buat nuffnang dan jugak Genting untuk outdoor adventures yang sememangnya superb dan mengujakan. Tak pernah aku join aktiviti ekstrem macam ni teruama flying fox advance tuh. Menggeletar la jugak kaki aku time nak turun ke bawah. Fuhhh semua pengalaman tersangat berharga buat aku. So korang kalau nak cari tempat best untuk outdoor, aku suggestkan Awana Genting. Super duper awesome!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });