0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Malam pertama aku stay kat Putrajaya, organizer bawak kitaorang naik Cruise menikmati keindahan pemandangan Putrajaya waktu malam. Eceh malam pertama tuh. Hikhik. Mesti korang fikir alaaaaa putrajaya jek pun! Tapi suasana Putrajaya waktu malam memang takkan sama macam siang. Aku yang asyik fikir putrajaya takde pape pun boleh bertukar persepsi. Haaa meh layan beberapa shot kat area pulau Putrajaya nih. 

Naik cruise ni rasanya dah banyak kali aku merasa jadi takdelah jakun sangat meyh

Trip kali ni banyak media yang join dan bestnya siap ada dari luar negara. Sebelah aku tu dari Jepun wooooo! Malangnya aku takdelah pandai nak speaking englishhh dengan lancar setakat nak cakap benda – benda biasa bolehlaaa cuma kalau tak tahu sangat aku tarik jek sesapa kat sebelah. Hebatkan? Heeeee 

Objektif utama tourism kali ni untuk promote negara kita kat luar sana tapi kat dalam pun sama. Aku ni nama jek duduk kl tapi takde pun nak buat tour kat Putrajaya. 10 kali pergi mesti 10 kali jugak aku sesat sebabnya pergi sana untuk shopping kat Alamanda jek. Tapi kali nih lepas naik public transport untuk ke Pullman, baru tahu rupanya ada bas disediakan untuk korang nak kenal Putrajaya dengan lebih dekat. Harga pun Rm1 jek murah kot.  

Putrajaya ni ada beberapa bridge yang direka oleh anak tempatan dan sangat membanggakan sebabnya bila datang time malam mesti feeling dok kat luar negara. Haaaaaaaaaa mampu? Tak dapat pergi overseaaaaaa dapat feeling jek dah jadik. Wahahaaaaaa.  

Ada nampak macam New York tak? Ecehhhh aku nih tak habis feeling lebih. Tapi pernah ker korang terfikir bangunan kat Putrajaya tu boleh seindah macam ni? Tersergam Indah dari jauh.   

 ^_^

Time aku datang waktu siang takde terfikir pun betapa cantiknyaaa jambatan ni. Amacam?

Bangunan last yang sempat disnap ni bangunan dari Kementerian Pelancongan yang terletak bersebelahan dengan Hotel Pullman. Kalau korang datang mesti nampak sekitar bangunan ni antik sangat macam tempat bersejarah pun ada. View dia memang terbaik dari ladang tapi jarang aku nampak orang photoshoot area Pullman.  Maybe photographer kurang explore kot kawasan hotel 5 star?

P/s: Lepas join treasure hunt ni baru aku tahu rupanya banyak tempat menarik kat area Putrajaya. Patut bawak family datang sini berkelah dan buat aktiviti sesekali ye dak? Belum lagi dengan aktiviti yang Putrajaya organize setiap bulan. Next year aku nak cuba masuk treasure hunt Putrajaya pulak. Korang tak berminat ker?

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });