0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Review Bufet Ramadan 2014 dari Rm48 l Tok Wan 101 Resipi, Vistana Hotel

Salam.

Bersempena dengan bulan puasa yang bakal menjelma, Vistana Hotel membawakan menu istimewa yang diberi nama Tok Wan 101 Resepi. Lokasinya adalah sekitar tepi kolam Vistana Hotel, Titiwangsa Kuala Lumpur bermula pada 29 Jun sehingga 27 Julai 2014 plus hidangan pada harga Rm48++. 

Vistana Hotel Kuala Lumpur
Address: Jalan Lumut, 
50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone:03-4042 8000: 
Website: www.vistanahotels.com

Menu utama Tok Wan 101 terdiri daripada ayam bunga rampai, rendang daging, ikan talapia goreng berempah dan asam pedas ikan tenggiri plus ayam putih disertakan dengan  ayam percik, gulai daging dengan nangka, paru paru goreng berlada, daging masak kicap dan lada hitam, ikan sembilang masak tempoyak, pajeri terong dan jugak rebung masak lemak. Aduhhh meleleh pulak bile teringat menu ni.

Daging masak kurma antara hidangan yang menjadi pilihan aku baru ni. Tapi paling best sebab ada kambing panggang, satay dan ikan bakar pelbagai pilihan iaitu ikan pari, mackerel dan lain lain. Vistana juga menyediakan hidangan western termasuklah Macaroni Cheese, Grilled Sausages dan Pasta Marinara.

 

Satay ayam dan satay daging

Ice Kacang l Hidangan Wajib untuk berbuka puasa

Pencuci mulut yang segar selepas makan makanan berat. Pelbagai buah buahan untuk dipilih.

Kuih Muih yang disediakan bersempena dengan ramadan antaranya s kuih talam pandan, onde-onde, seri muka, ketayap, kuih pelita, o bersama carrot cake, red velvet cake, brownies dan chocolate slabs.

Buffet Ramadan Vistana ini boleh didapati di tingkat 3, Banquet Room dengan ruang parking yang luas untuk datang beramao ramai dan bilik solat juga disediakan bagi muslim. Harga bagi Tok Wan 101 Recipes Ramadhan Buffet @ Vistana Hotel Kuala Lumpur adalah pada Rm48++/person, Rm30++/kanak kanak umur 4-12 tahun.

Untuk pertanyaan ataupun tempahan,  layari www.vistanahotels.com atau hubungi +60 3 4042 8000. TQ Vistana Hotel yang sudi menjemput aku untuk merasa sendiri kesedapan makanan untuk ramadan buffet 2014. 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas