0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Underwater World Langkawi l Percutian di Malaysia

Salam.

Baru-baru ini, aku sempat bercuti ker Pulau Langkawi untuk Naturally Langkawi Bloggers FAM Trip 2013 bersama beberapa kawan blogger yang lain. Langkawi ni antara pusat pelancongan yang dah lama aku nak datang dan terokai sebabnya antara tempat yang dikatakan menarik untuk mereka yang suka melancong dan jugak shopping. Bab shopping tu memang wajib! tee heee.

Cindy, Joey, Cikepal dan aku yang baru saja menjejakkan kaki ke sana.

Binatang pertama yang aku nampak ni haa ikan Arapaima yang paling terbesar di dunia. Ada 3 ekor dalam akuarium dan hidup di dalam air tawar. Untuk masuk ke dalam Underwater World ni, korang perlu beli tiket berharga RM28 dulu ye.

Underwater ni terbahagi kepada 7 bahagian: Subantartic, tempered section, tropical rainforest, freshwater, marine life, coral, koi pon and otter pond.

Dah habis menjelajah kawasan ikan air tawar, kitaorang bergerak ke kawasan Tropical Rainforest.

 

 

Binatang ini diberi nama Marmoset Biasa. Diet dia adalah serangga, nyamuk, buah-buahan dan bunga di sekitar. Marmoset ini merupakan salah satu monyet yang paling kecil di dunia.

Tarikan utama underwater world adalah African Penguin. African Penguins ini merupakan diva di underwater world, Langkawi.

Comel dan gebu. =p

Dah habis tengok gelagat penguins, kitaorang teruskan perjalanan ker bahagian coral dan marin. Kat sini lagi menarik bagi aku sebabnya boleh tengok batu karang yang hidup dengan lebih dekat. Biasanya, peluang ni korang cuma boleh tengok kalau diving jek tapi kat sini, memang boleh tengok live woo! Terbaik kan?

Obor-obor laut~

Amacam? Teruja kan tengok gambar? Kalau bersempatan, singgahlah ke sana sebab setiap tahun mesti ada perubahan yang lebih menarik. =p

Location: Pantai Chenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi.

Tel: 604-955 6100
Fax: 604-955 6103
 
Open daily: 10.00am – 6.00pm

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });