Ubat Untuk Fungus Kucing

by Pen Merah on June 13, 2012

in Kucing Saya

Salam..

Optimized IMG 1974 1024x682 Ubat Untuk Fungus Kucing

Dua minggu ni kucing aku agak bermasalah dengan fungus yang menyerang bulu sehingga gugur dan bergumpal. Kalau dibiarkan fungus ni boleh berjangkit dengan kucing lain yang duduk serumah. Mungkin korang tak tahu, fungus ni kerja dia makan protein pada bulu kucing dan membiak beramai – ramai sehingga botak 1 badan. Kalau dibiarkan, kucing korang boleh hilang selera makan, kurus dan menyebabkan kematian. Perghhh bahayakan?

Optimized IMG 1944 Ubat Untuk Fungus Kucing

Kali ni aku try shampoo Malaseb harganya Rm47 sahaja. Ikutkan hati nak hantar ke bangi tapi malangnya jauh sangat nak bawak 3 ekor dengan takde cat sitter huii karang dorang buat perangai tak pasal aku yang susah. Setakat guna Malaseb ni nampak berkesan dah cuma efek dia tak sehebat dengan ubat makan yang biasa aku dapat kat klinik sebelum ni.

jasper ringworm Ubat Untuk Fungus Kucing

Gunakan Malaseb 2-3kali seminggu bergantung pada tahap fungus yang ada kat badan kucing, biarkan selama 3-5minit baru bilas dengan air. Pastikan selepas mandikan kucing, keringkan bulu supaya tak lembap. Fungus ni muncul pun salah satunya sebab kelembapan jadi elakkan kucing dari melepak tempat yang lembap ye.

Kalau korang antara mereka pencinta kucing semestinya takkan sanggup tengok bulu kucing yang bergumpal dengan air muka dorang yang suram. Aku pernah terbaca ada yang cakap kalau bela kucing dalam rumah seeloknya spray dulu dengan ridsect kat kawasan kucing tidur mahupun dalam rumah.

{ 2 comments… read them below or add one }

afzan June 15, 2012 at 10:44 am

hi,

saya nk tnye. mn nk beli shampoo ni..sbb saya cri tapi tk jmp..

trma kash..

Reply

Nur July 25, 2012 at 10:47 am

comel la kucing ^_~

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!