Salam..

Dua tiga hari ni kedengaran jugak pasal Uncle Seeker ni terutama banyak keyword masuk dalam blog aku yang lagi satu dan kebanyakan yang masuk sebab carik pasal Uncle Seeker ditangkap. Pelik jugak tapi alahai aku ni bukanlah 24jam mengadap laptop ketinggalan tak macam dulu laju jek tahu pape.
Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin.
Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. “Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata kenyataan itu.
Semalam, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya.
Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran ‘Uncleseekers’ bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya.
Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Polis Johor turut memperoleh perintah reman terhadap kedua-dua mereka selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan.
Ahad lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
P/s: Sebagai penulis blog biasanya isu politik,isu sentitif terutama agama antara perkara pertama yang aku cuba elakkan. Berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan takut termakan diri sendiri.





{ 5 comments… read them below or add one }
wah, macam2… hoho
LUTFI SYAFIQ recently posted..Rahsia Tahi Lalat
ermmm, macam ni jadinya. dunia. >.<
syazana recently posted..Awesome Earth!
ho ho ho no coment
jimmy recently posted..Jamal Abdillah & Malique – Aku Maafkan Kamu [OFFICIAL VIDEO]
siapa perempuan tu dengan unlce seeker tu ye?
ohcikgu recently posted..Maksud sebenar ADIDAS yang anda tak tahu..
dia nie memang kaki kencing.. menipu je.. cakap pun cam xde ilmu..