VIDEO: Penyanyi Korea ‘Psy’ Ajar Cara Menari Gangnam Style Yang Betul

by Pen Merah on September 3, 2012

in Hiburan

Salam..

Psy GangnamStyle VIDEO: Penyanyi Korea ‘Psy’ Ajar Cara Menari Gangnam Style Yang Betul

Macam aku sekali termasuk demam Psy? eh no! no! no! Suka dengar aje tapi nak demam tak mungkin macam takde lagu lain jek aku nak layan. Hikhik

 

Penyanyi rap Korea Selatan, Psy yang melonjak popular hanya kerana tarian kuda dalam muzik video Gangnam Style di YouTube mendedahkan kisah tentang tarian tersebut, lapor portal hiburan kpopstarz.com semalam. Menurutnya, tarian itu dihasilkan selepas parti untuk konsertnya diadakan di Daegu pada tahun lalu.

Dia yang berbadan gempa dan berusia 34 tahun memberitahu, selepas partinya, terdapat satu persembahan bakat dengan wang sebagai ganjaran untuk pemenang. “Setiap orang menyukainya (tarian kuda itu) dan mereka merakamkan dan memberikan saya wang,” katanya.

Ketika ditanya berapa jumlah wang yang diberikan kepadanya, Psy berkata: “Jumlah wang itu? Anda mahu saya menyatakan di tempat awam?” Dia kemudian ketawa selepas memberikan jawapan tersebut.  Populariti Psy melonjak di Amerika Syarikat selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu. Beberapa penyanyi terkenal seperti Katy Perry, Robbie Williams dan Britney Spears mengagumi tarian tersebut.

P/s: Ada ker yang sanggup nak buat tarian ni? Macam pelik jek aku tengok.

{ 3 comments… read them below or add one }

hafiz September 3, 2012 at 6:04 am

takleh blah bile tengok dj radio fly fm tibe2 menari gangnam style kat shopping complex..pkai baju kurung, kain pelikat plak tu..serius comey weh..rasa nak tampar2 je..hahaha
hafiz recently posted..I Art You MalaysiaMy Profile

Reply

Sally Yatiey September 3, 2012 at 7:36 am

Memang femes Gangnam style sekarang.. ;D
Sally Yatiey recently posted..September!My Profile

Reply

Spongebob Tercekik September 5, 2012 at 9:01 am

jom joget gangnam
Spongebob Tercekik recently posted..Gangnam Style Haram?My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!