Salam..
![Optimized-IMG_20120610_231010[1] Optimized IMG 20120610 2310101 Zaman Kegemukan Adik Lelaki](http://penmerah.com/wp-content/uploads/2012/06/Optimized-IMG_20120610_2310101.jpg)
Sebenarnya dalam family aku nih ada jugak yang dikategorikan sebagai gemuk antaranya adik lelaki. Dari kecik lagi memang dah gemuk tambah pulak mata sepet. Mulanya konfius jugak adik aku ker muka macam cina. Kahkahkah!
![Optimized-IMG_20120610_231225[1] Optimized IMG 20120610 2312251 Zaman Kegemukan Adik Lelaki](http://penmerah.com/wp-content/uploads/2012/06/Optimized-IMG_20120610_2312251.jpg)
Masa kecik dulu, aku tak suka duduk sebelah dia sebabnya bau peluh perghhh harum semerbak. Kerap jugaklah hidung aku nak kembang kempis dibuatnya.
![Optimized-IMG_20120610_231435[1] Optimized IMG 20120610 23143511 Zaman Kegemukan Adik Lelaki](http://penmerah.com/wp-content/uploads/2012/06/Optimized-IMG_20120610_23143511.jpg)
Sesekali tengok gambar nih teringat pulak aku pada cerita Fei Mao. Ada iras – iras tak? Peha dia perghhh mengalahkan drumstick ayam meyhhh! Gegirl sebelah dia tu dulunya bekas awek rasanya tak sempat aku nak korek rahsia tapi dah melepas. Baru bulan lepas kahwin. Kesian kat adik aku. Muahahaaaa.
![Optimized-IMG_20120610_231319[1] Optimized IMG 20120610 2313191 Zaman Kegemukan Adik Lelaki](http://penmerah.com/wp-content/uploads/2012/06/Optimized-IMG_20120610_2313191.jpg)
Bila membesar, kuruslah sikit tapi takdelah kurus sangat pun. Makan mengalahkan kakak-kakak yang lain habis semua makanan dia sebat sampailah umur dah meningkat tua.
![Optimized-IMG_20120610_231620[1] Optimized IMG 20120610 2316201 Zaman Kegemukan Adik Lelaki](http://penmerah.com/wp-content/uploads/2012/06/Optimized-IMG_20120610_2316201.jpg)
Nampak sangatkan gambar time dulu – dulu dengan baju jenama KikiLala. Mahal tu mana nak carik dah masa sekarang. Bundle pun tarak meyhhh! Kahkahkah! Bagusnya jadi gemuk, setiap kali raya bukan setakat baju dan kasut jek boleh pakai yang baru tapi baju dan kasut sekolah pun sama. Aku pulak takde makna nak merasa sangat melainkan recycle kakak punya. Woooo seronok jadi yang bongsu ni rupanya.

Bila dah besar, tu haaa kurus dah dia. Kalau dulu aku rasa berat dia dalam 90++ memang gemuk terutama sebelum spm. Tapi masa nak habis tahun tu nampak dia berusaha kuruskan badan setiap hari pergi joging dengan konsisten. Makanan pulak memang aku pun tak mampu nak makan sayur dengan ikan jek. Nasi memang sikit sangat tak tahu dia kenyangkan perut celah mana.
P/s: Bila dah kurus, nampaklah hensem sikit dari masa gemuk. Hidung aku pun tak perlu lagik nak kembang kempis macam dulu dah. Peluh orang yang berisi ni biasanya lebih dari berat normal. Nak tegur setiap hari bukan salah dorang jadi gemuk. Terima seadanya cuma kalau boleh jangan berhenti dari berusaha ye dak?





{ 2 comments… read them below or add one }
hahaha…tak tidor dh adik Penmerah pasni…
Alooooo comelnyer dia masa kecik2 dulu… hehehe
nurul recently posted..Bila Ulser datang Menyerang